RAIS YATIM PERTIKAI KEPUTUSAN YDP AGONG MENOLAK DARURAT?

2.9k
SHARES
16.9k
VIEWS

Kenyataan terkini di laman Twitter Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim seperti menyindir dan mempertikai titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong tidak memperkenan dan menolak cadangan darurat dan menggantung Parlimen. 

Baik sekali hebahan nasihat Tuanku YDA ini. Cuma satu perkara amat penting dari segi Per 40(1A) Perlembagaan telah tercabul. Kenapa Peguam Negara tidak menimbulkan bahawa peruntukan mandatori Per 40 telah dketepikan? Ini kan tonggak Raja Berperlembagaan?” 

Perkara 40 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah menteri kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan namun baginda berhak atas setiap maklumat.

Turut dinyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong harus bertindak sesuai dengan nasihat atau setelah mempertimbangkan nasihat dan baginda harus menerima dan bertindak sesuai dengan nasihat tersebut.

Namun, mengikut pandangan pelbagai pakar Perlembagaan, dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, terdapat pengecualian kepada Yang di- Pertuan Agong untuk bertindak atas nasihat, tetapi ia harus dibaca bersama Perkara 150 (1) peruntukan sama berkaitan pengisytiharan darurat.

Profesor Dr Shamrahayu Ab. Aziz juga sebelum ini memberi kenyataan bahawa tindakan YDP Agong menolak cadangan darurat tersebut adalah bertepatan dengan Perlembagaan, malah baginda amat cermat dan berhati-hati apabila merundingkan perkara tersebut dengan Raja-raja Melayu yang lain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Justeru tindakan Rais ini sangat melampau, sudahlah YDP Agong sendiri diheret oleh Muhyiddin sehingga melibatkan perdebatan umum mengenai baginda, sedangkan darurat tidak diperlukan dan diketahui oleh baginda Al-Sultan Abdullah, kini Speaker Dewan daripada Bersatu sendiri pula mempertikai keabsahan titah tersebut dan mempersoal kenapa Peguam Negara tidak bertindak. 

Adakah ini menunjukkan parti Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak menerima keputusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong? 

Dalam keadaan YDP Agong turut menasihatkan ahli politik agar hentikanlah amalan ‘politicking‘ namun kini titah baginda sendiri dipertikai keabsahannya oleh Rais.

Tidak mungkin Rais tidak mengetahui dan mengkaji Perlembagaan Persekutuan apatah lagi beliau seorang Speaker Dewan Negara namun jelas pertimbangan politik dan rasa kecewanya apabila darurat tersebut ditolak, mengatasi rasional beliau mengenai tafsiran Perlembagaan.

Rais patut didesak memohon ampun daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta merta kerana derhaka atas titah DiRaja. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts