SKIM INSURANS PEKERJA TERBUKTI MEMBANTU INDIVIDU YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19

183
SHARES
591
VIEWS

Oleh Nabeel Naqie

Skim Insurans Pekerja (SIP atau EIS) adalah merupakan antara langkah jaringan sosial pekerjaan yang dibuat oleh DSN. Ia mula berkuatkuasa dari Januari 2018!

Semasa ia mula dilaksanakan ramai golongan jahil yang termakan propaganda PH maki hamun Najib. Mereka kata tidak puas lagi ke Najib sebat duit rakyat? EPF dengan SOCSO dah potong, sekarang tambah lagi SIP/EIS.

Walhal kadar caruman hanyalah 0.2 peratus dari gaji pekerja dan 0.2 peratus dari majikan. Maka kalau gaji seseorang tu RM3 ribu, jumlah gaji dipotong hanya RM6.10.

Sekiranya pencarum diberhentikan kerja atau hilang pekerjaan secara skala mega macam zaman Covid-19 sekarang, insurans ini sangat membantu!

Pencarum akan dapat bantuan kewangan maksimum selama 6 bulan, dan berjumlah sehingga RM10,800!

Mana ‘puak-puak’ yang dahulu kata SIP ini tidak perlu?

Sesungguhnya DSN sudah lama dijatuhkan oleh tangan-tangan yang jahil dan jahat, tetapi dasar-dasar beliau masih dahsyat membantu rakyat sampai sekarang.

Apa yang kerajaan PH buat untuk anda ya?

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=170920811038302&id=100043611531037

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts