RINTANGAN DALAM LAKSANA JANJI-JANJI HARAPAN

346
SHARES
2k
VIEWS

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu media bahawa kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini namun terdapat rintangan dalam melaksanakannya.

Tumpuan kerajaan juga bukan sekadar melaksanakan janji-janji, tetapi usaha turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan yang telah mengalami kerosakan kerana gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Manifesto tidak mengikat kita sehingga tidak boleh bergerak, apabila kita cuba laksanakan kita dapat banyak rintangan. Umpamanya undang-undang lama yang digubal bekas kerajaan, semua ini menjadi halangan kepada pelaksanaan janji-janji kami.”

“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu.”

Ironinya segala kerosakan yang dimaksudkan telah bermula sejak era pemerintahan beliau sendiri selaku Perdana Menteri keempat dan berlanjutan sehingga sekarang. Masalah tersebut masih belum dapat dibersihkan sepenuhnya oleh dua Perdana Menteri selepas beliau iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak.

Sewajarnya beliau kembali sebagai Perdana Menteri kali ini agar dapat bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala kerosakan yang telah berlaku sejak zaman beliau. Selain itu beliau perlu membersihkan segala gejala rasuah dan salah guna kuasa agar Perdana Menteri dan kerajaan selepas beliau tidak lagi perlu membuang masa membersihkan kerosakan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts