ZAHID: JELASKAN SEGERA HALATUJU UMNO PASCA PRU 14
Mohd Puad Zarkashi
19.7.2018
1. Saya mendesak agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi segera menjelaskan kepada akar umbi UMNO mengenai hala tuju parti
2. Ahli parti masih terumbang ambing dan kebingungan kerana Zahid terlalu perlahan untuk menjelaskan halatuju parti di saat genting ini ekoran UMNO kehilangan Kerajaan dalam PRU-14
3. Jika Zahid berterusan membisu dia akan dilihat sebagai pemimpin tidak berkemampuan untuk membawa perubahan dan memenuhi tuntutan “UMNO Bangkit”
4. Zahid mesti mengemukakan tawaran BARU beliau untuk UMNO termasuk tawaran BARU untuk Rakyat. Dia sepatutnya bingkas dan pantas mengemukakan tawaran BARU dan halatuju parti setelah dipilih sebagai Presiden UMNO yang baru
5. UMNO perlu bermula daripada kosong iaitu parti yang tidak ada kuasa sebagaimana UMNO bermula tanpa kuasa pada tahun 1946
6. Kini timbul kritikan terhadap Zahid kerana terikat dengan budaya lama dalam mengurus parti. Pertama ketiadaan perundingan dan engagement seperti dalam perlantikan Pengerusi Perhubungan. Walaupun itu prerogatif beliau tetapi Zahid sepatutnya mengukuhkan amalan perundingan dalam UMNO kerana ini membantu menyatupadukan parti
7. Zahid sepatutnya ada political will untuk menghapuskan amalan “warlord” dalam parti. Amalan ini menjadi punca walaupun UMNO mempunyai sistem terbaik tetapi ia tetap akan dicabul oleh warlord ini. Contohnya UMNO mempunyai sistem paling demokratik dalam memilih pemimpin. 146,000 ahli diberi hak untuk memilih pemimpin. Tetapi kerana wujudnya warlord maka mereka yang ada dalam senarai warlord (‘cai’) sahaja yang berpeluang untuk menang
8. Zahid juga sepatutnya menghentikan amalan politik akomodatif untuk penyokongnya sahaja. Iaitu memilih dan melantik seseorang kerana orang itu adalah penyokong setianya tetapi bukan kerana merit, performance dan komitmennya. Sebab itu ada yang merasakan beberapa nama yang sepatutnya tidak ada lagi dalam mainstream pentadbiran UMNO tetapi masih dikekalkan kerana diberi jawatan yang lain. Sebab itu imej barisan Majlis Tertinggi UMNO dilihat tidak menjamin perubahan yang diharapkan
9. Justeru apabila UMNO di bawah beliau tidak ada pendirian jelas dalam isu pengiktirafan sijil UEC, ini akan merenggangkan hubungan UMNO dengan pelbagai NGO budayawan, bahasa dan cendiakawan yang lain. Sepatutnya UMNO konsisten mempertahankan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. UMNO tidak patut takut dilabel sebagai parti perkauman atau rasis. Agenda Melayu yang diperjuangkan UMNO adalah inklusif. Ia bertujuan untuk menyamaratakan padang permainan. UMNO tidak rasis. Yang rasis adalah DAP