1. Bulan November adalah bulan yang dinantikan oleh setiap rakyat Malaysia di mana ia digelar sebagai ‘bulan bajet’. Tetapi semenjak negara dilanda wabak COVID-19 ini keadaan ekonomi dunia mahupun Malaysia adalah di tahap yang tidak memberangsangkan. Namun begitu kerajaan tidak boleh menghalang daripada membentangkan bajet kerana ini adalah peruntukan bagi hak rakyat dan untuk memacu ekonomi bagi tahun berikutnya.
2. Melihat keadaan semasa, Wira Putra terpanggil memberi beberapa cadangan dengan mengambil kira perkara yang menyentuh soal realiti kesempitan dan kesusahan rakyat ketika ini. Ini adalah beberapa cadangan yang boleh diambil kira oleh pihak kerajaan:
a. Potongan SEPARUH DARIPADA GAJI Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
b. Potongan sebanyak 25 peratus daripada gaji dan elaun Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
c. Potongan gaji sebanyak 30 peratus bagi semua Ahli Lembaga Pengarah GLC-GLC dan Pengurus-pengurus Eksekutif Badan-badan Berkanun.
d. Dalam keadaan serba sempit ini, disarankan bagi semua menteri-menteri dihadkan kepada HANYA satu jawatan Pegawai Khas sahaja. Ini adalah kerana ada sesetengah Menteri mempunyai lebih daripada satu pegawai khas dan gaji serta elaun mereka ditampung oleh pihak kerajaan. Ini adalah satu pembaziran yang boleh dielakkan
e. Jikalau pihak kerajaan tidak mahu membenarkan pengeluaran KWSP kerana risau akan masa depan rakyat, pihak kerajaan boleh memberikan bantuan BSH B40 dengan menaikkan jumlah sebanyak RM3,000 kepada penerima BSH. Dengan cara ini bantuan dapat diberikan secara bersasar.
f. Pemberian elaun pengangguran berjumlah RM500 sebulan kepada siswazah-siswazah yang telah tamat pengajian perlu disalurkan kepada mereka setiap bulan selagi mana ada ancaman COVID-19
g. Memperkasa gerakan koperasi, menyatukan dan mendagangkan hasil IKS terutama yang masih baharu untuk berada di dalam pasaran.
h. Mewujudkan peluang pekerjaan luar bandar dengan memberi graduan dan anak-anak muda mengusahakan tanah yang terbiar di luar bandar untuk mengukuhkan ‘food security’ iaitu hasil dan produk keperluan asas
i. Permudah cara dan kurangkan birokrasi untuk rakyat yang baharu mula berniaga bagi menjana pendapatan dalam mendapatkan ruang dengan sewaan yang bersesuaian, kelulusan lesen bertempoh
j. Galakan dan menaja yuran kursus jangka pendek bidang TVET dan juga program ‘reskilling‘ bagi mereka yang dibuang kerja akibat COVID-19, di samping itu dapat membantu ekonomi pusat pendidikan dan latihan swasta serta agensi dan mempertingkatkan kemahiran kerja dan ‘soft skill‘ bagi graduan-graduan serta orang awam yang menyertai dalam bidang seperti pendawaian, automotif, jahitan, percetakan digital dan pelbagai lagi.
l. Pengecualian cukai bagi syarikat yang menceburi bidang IR 4.0 selama 2 tahun bagi menggalakkan pembangunan bidang digital dengan lebih cekap dalam semua sektor.
4. Kepentingan rakyat haruslah terus kekal sejahtera dan diberi keutamaan pada ketika ini. Memberi bantuan kewangan one-off adalah satu inisiatif yang baik namun, jika terus menerus ‘memberi ikan’, ia akan terus melemahkan rakyat. Oleh itu Wira PUTRA mohon kerajaan pertimbangkan cadangan di atas yang boleh dianggap memberi pancing dan mata kail pada masa yang sama memberi panduan mengendali pancing sebaiknya agar mengurangkan risiko kegagalan dan melemahkan semangat rakyat.
5. Oleh itu WIRA PUTRA berharap agar Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dapat mengambil cadagan ini secara serius agar rakyat dapat manfaat daripada cadangan penjimatan dan elaun khas yang telah dikemukakan. Penjimatan dan pengurusan kewangan secara berhemah dan tepat, akan segera memulihkan ekonomi dan memberi cahaya kepada rakyat.
PUTRA PERKASA NEGARA
WIRA LAMBANG JATIDIRI PUTRA
Sekian.
Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif
Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia