PENDAPATAN PELABURAN KWSP MELONJAK 39.74 PERATUS PADA SEPARUH PERTAMA 2023

334
SHARES
2k
VIEWS

1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2023, meningkat 39.74 peratus atau RM9.44 bilion berbanding RM23.75 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun 2022 – selepas mengambil kira turun nilai kos ke atas ekuiti tersenarai yang direkodkan untuk tempoh berkenaan.

2. Daripada jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion, RM4.79 bilion mewakili keuntungan “market-to-market” (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan yang disumbangkan oleh turun naik pertukaran mata wang asing.

3. Pada suku kedua 2023 pula, jumlah pendapatan pelaburan KWSP adalah sebanyak RM18.03 bilion, meningkat RM9.05 bilion berbanding RM8.98 bilion yang dicatatkan pada suku sama tahun lalu dengan pelaburan ekuiti terus menjadi penyumbang utama pendapatan bagi suku kedua 2023 pada RM9.60 bilion.

4. Laporan Berita Harian memetik Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai berkata, prestasi pasaran ekuiti global pada separuh pertama 2023 adalah positif, diterajui oleh pasaran maju, khususnya di Amerika Syarikat (AS) yang terus menunjukkan daya tahan walaupun kadar faedah meningkat.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts