SPEAKER DUN SELANGOR TIDAK HORMATI IDENTITI NEGARA

404
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MUAFAKAT NASIONAL SELANGOR

Dewan Undangan Negeri Selangor kecoh pada hari ini bila mana Tuan Speaker YB Ng Suee Lim menegur serta melarang beberapa wakil rakyat pembangkang yang berpakaian lengkap baju Melayu di Sidang DUN Selangor. Alasannya tidak mematuhi kod pemakaian.

Dalam negara dan negeri yang mempunyai identiti kebangsaan yang dipegang bersama oleh seluruh rakyat berbilang kaum sejak merdeka, sikap begini menjadi tanda tanya kepada rakyat. Siapa yang mengurus negeri Selangor sehingga baju kebangsaan pun tidak dibenarkan untuk dipakai di Sidang DUN?

Tidak sepatutnya baju kebangsaan atau baju sut Melayu menjadi sejenis pakaian yang dilarang pemakaiannya di Sidang DUN Selangor. Tidak wajar juga baju Melayu hanya boleh dipakai pada hari Jumaat sahaja. Sudah menjadi lumrah, baju kebangsaan melangkaui sempadan bangsa seperti Bahasa Malaysia adalah bahasa Melayu, yang akan diguna pakai oleh semua rakyat sebagai lambang kebanggaan dan kenegaraan Malaysia.

Bahkan di Parlimenpun, tiada larangan sedemikian. Asalkan berbaju Melayu lengkap atau baju kebangsaan ia dibenarkan. Itu simbol yang perlu dijaga oleh semua rakyat terutama pemimpin-pemimpin negara atau negeri yang dipilih oleh rakyat. Perkara asas begini tidak dapat dijaga dan diuruskan, bagaimana hendak diharapkan perkara yang lebih besar? 

Speaker Dewan daripada DAP sengaja mewujudkan suasana tidak harmoni. Isu ini bukan hanya berlegar dalam Dewan Negeri Selangor tetapi kini sudah menjadi tanda tanya besar bagi rakyat Selangor adakah ia benar-benar merupakan ketetapan di Dewan Negeri Selangor? Atau hanya sikap prejudis Speaker daripada DAP yang tidak menjaga sensitiviti rakyat?

Us Syarhan Humaizi Halim

Ketua Penerangan PAS Selangor

Datuk Abdul Rahman Bakri

Ketua Penerangan UMNO Selangor

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts