Kerajaan bersedia mengkaji cadangan bagi membenarkan pengeluaran caruman daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu rakyat yang susah dan benar-benar memerlukan.

Selain itu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mencadangkan agar menunggu selepas Belanjawan 2021 dibentangkan, di mana menurut beliau mungkin ada pemberian dan bantuan yang akan kerajaan sampaikan.

Kalau itu dianggap memadai, tidak perlu keluarkan wang yang telah disimpan (akaun 1 KWSP) itu,” katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021.

Perdana Menteri berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.