LAGI PENCEMARAN AIR SELANGOR, MENTERI BESAR PERLU LETAK JAWATAN

512
SHARES
1.7k
VIEWS

Seolah-olah sudah dijangka Selangor kembali dengan isu pencemaran air. Rakyat Selangor sekali lagi terpaksa menanggung kerugian dan kesulitan.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengumumkan henti tugas Loji Rawatan Air Selangor LRA fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Melalui pemakluman awal dari Lembaga Urus Air Selangor pencemaran adalah pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor.

Berulang kali isu pencemaran air di Selangor ini, seolah-olah YB Amirudin tiada keupayaan untuk menyelesaikan isu ini.

Dewan Pemuda PAS Selangor mendesak agar YB Amirudin meletak jawatan sebagai Menteri besar Selangor atas kegagalan mengurus isu air Selangor yang kini sampai tahap tidak berkesudahan.

Saya tidak dapat bayangkan apa yang rakyat terpaksa hadapi dalam tempoh PKPB ini, 1.2 juta pemegang akaun yang terlibat melibatkan rutin harian dan perniagaan. Aktiviti harian sudah pasti terjejas dan akan mengalami kerugian.

Rakyat juga terpaksa hadap isu ini dengan sikap kerajaan negeri memberi muka kepada zyarikat dan industri yang tidak berlesen tetapi tidak haram bagi kerajaan.

Ini adalah bukti kegagalan PH dalam mengurus kepentingan rakyat dalam negeri Selangor.

In sha Allah Dewan Pemuda PAS Selangor akan terus membantu Rakyat dalam tempoh henti tugas operasi IR kali ini dengan mengarahkan semua para ‘amilin’ Pemuda PAS Selangor melalui Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor bersiap sedia dengan “Ops Air Untuk Rakyat”.

Operasi ini akan memberi fokus bantuan penyedian air bersih di lokasi-lokasi yang kritikal.

Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts