KERAJAAN MASIH BOLEH BAYAR GAJI PENJAWAT AWAM, BIAYA OPERASI ASAS KERAJAAN

530
SHARES
1.7k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Tengku Zafrul tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bahawa “Jika bajet tidak lulus, maka gaji penjawat awam tidak dapat dibayar” [1]

Kalau bajet tidak lulus sekalipun, gaji kakitangan kerajaan sebenarnya masih boleh dibayar. Kita negara yang amal sistem Westminster. Kita boleh laksanakan ‘Vote on Account’ atau Bajet Interim untuk bayar gaji kakitangan awam dan biayai operasi asas kerajaan.

Cuma kalau kerajaan masih hendak bayar JASA, masih hendak bayar NGO ‘pro Jemin’ itu tidak dapatlah.

Hendak bayar bonus frontliners, hendak beli vaksin COVID, mahu bayar bantuan tunai kepada rakyat itu semua tidak ada masalah.

Di negara-negara yang amalkan sistem demokrasi seperti kita, amalan Vote on Account ini dilakukan pada tahun pilihan raya. Contohnya tahun lepas, ia dibuat di India ketika negara itu dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum.

Apabila pilihan raya selesai, maka kerajaan baru yang dapat majoriti akan membentangkan belanjawan sebenar.

Itu salah satu cara kalau kerajaan berkeras bahawa apa yang mereka buat ini adalah terbaik dan orang lain semua tidak betul.

Cara yang lebih mudah adalah pinda balik belanjawan sepertimana rundingan dengan ahli-ahli parlimen. Inilah yang dipanggil sebagai Confidence & Supply Agreement (CSA). Adatlah tu dah tuan-tuan kan kerajaan minoriti.

Kalau tidak mahu dengar semua buah fikiran Ahli Parlimenpun, ikut sahajalah tuntutan BN. Undi dari YB BN sudah cukup untuk meluluskan Bajet 2021.

Bagi sahaja kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP dan moratorium automatik 6 bulan. Apa yang rumit sangat? Bukannya tuntutan itu ada kesan kewangan kepada kerajaanpun.

Janganlah keluar kenyataan yang dilihat sebagai berbaur ugutan dan tidak menghormati hak-hak Ahli Parlimen (walaupun mungkin niat YB Menteri tidak begitu). Nampak tidak cantik dan menjadi modal parti belah sana sahaja.

Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Rujukan:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gaji-penjawat-awam-barisan-hadapan-tidak-boleh-dibayar-jika-belanjawan-2021-tidak-lulus-501awani-268449?amp=1

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3864995330217128&id=100001200986490

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts