KWSP WAJAR LONGGARKAN SYARAT – ASYRAF WAJDI

212
SHARES
684
VIEWS

1. Ramai yang mengadu kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia termasuk yang hantar mesej kepada saya perihal syarat-syarat yang dikenakan oleh KWSP bagi membolehkan rakyat mendapat manfaat daripada pengeluaran wang mereka melalui Skim i-Sinar yang diumumkan semalam.

2. Melihat kepada ringkasan syarat permohonan i-Sinar yang dihantar kepada salah seorang pengadu, nampaknya semacam KWSP begitu ‘rigid‘ dan ketat dalam meletakkan syarat pengeluaran Akaun 1 pencarum.

3. Ramai yang terjejas teruk punca pendapatan tetapi tidak berada dalam kategori diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji.

4. Malah ramai yang menjadi pencarum selama puluhan tahun tetapi sudah tidak mencarum dalam tempoh Mac 2019 hingga Februari 2020 sebagaimana yang disyaratkan. Namun, hakikatnya mereka tetap berdepan dengan isu kelangsungan hidup akibat terjejas teruk sumber pendapatan kerana kerugian perniagaan sepanjang pandemik.

5. Kes-kes seperti ini adalah sebahagian sahaja daripada pelbagai kesengsaraan rakyat yang susah dan mengharapkan wang simpanan mereka dapat dikeluarkan daripada KWSP secara sekaligus untuk menyelesaikan banyak perbelanjaan dan komitmen yang tertunggak.

6. Sebab itulah Pemuda UMNO mengharapkan ihsan pihak KWSP untuk memperlonggarkan syarat agar mengambil kira juga rakyat yang ketika ini benar-benar sengsara akibat kekangan punca pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts