• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

SETIAP INDIVIDU WAJAR DIBERIKAN HAK MEMBELA DIRI SEPENUHNYA – ASYRAF WAJDI

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
August 29, 2022
in Semasa, Utama
0
SETIAP INDIVIDU WAJAR DIBERIKAN HAK MEMBELA DIRI SEPENUHNYA – ASYRAF WAJDI
13
SHARES
142
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menolak bukti-bukti baru dalam kes Datuk Seri Najib Razak sudah tentulah mengecewakan. Saya secara peribadi sebagai individu yang pernah menerima mentorship beliau sepanjang 3 tahun menjadi Timbalan Menteri juga merasakan perkara yang sama.

Walaupun kita tahu dan menghormati hak mahkamah, tetapi keputusan menolak pengemukaan bukti-bukti ini hanya atas sebab teknikal sudah pastilah dilihat merencatkan hak tertuduh. Sekiranya bukti-bukti ini tidak kuat sekalipun, biarlah peguam DS Najib mengemukakannya terlebih dahulu.

Tidakkah mahkamah mahu tahu apakah bukti itu? Tidakkah kita semua juga mahu tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku? Dan pada akhirnya jika bukti-bukti ini mahu ditolak juga, maka tolaklah atas sebab kelemahan bukti ini sendiri. Bukannya atas sebab teknikal yang sebenarnya boleh ditimbang atas budi bicara.

Islam meletakkan keadilan pada tempat yang tertinggi. Baik kepada hak mangsa atau hak tertuduh itu sendiri. Setiap orang diberikan hak seluas-luasnya untuk membela diri.

Atas sebab ini, UMNO pada zaman DS Najib sendiri tidak pernah mengganggu sebarang proses mahkamah. Termasuklah dalam kes Liwat 2.0 Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun kes itu berjalan hampir 7 tahun dan ditangguh lebih 70 kali. UMNO percaya itu adalah hak tertuduh untuk mendapatkan masa dan ruang bagi membela diri dengan sebaiknya.

Betul Ketua Hakim Negara YAA Tengku Maimun mengatakan “Justice delayed is justice denied“. Tetapi di sana ada juga maxim yang menyebut, “Justice rushed is justice crushed”.

Saya sebenarnya merasa amat bimbang dengan persepsi rakyat terhadap institusi keadilan. Tuntutan Pemuda UMNO sebelum ini bagi mewujudkan tribunal khas bagi menyiasat konflik kepentingan YA Hakim Dato Nazlan juga bagaikan dipandang sepi pihak berkenaan. Sedangkan kebebasan hakim itu adalah asas kepada wujudnya keadilan. Kita sudah tentu tidak mahu persepsi buruk rakyat terhadap sistem kehakiman seperti dekad 80an dan 90an berulang.

Saya percaya akan ada hikmah yang Allah akan datangkan. Buat Datuk Seri Najib, sekiranya ini adalah ujian maka percayalah Dia tidak pernah menguji hambaNYA melainkan sesuai dengan kemampuan mereka.

Apa juga yang berlaku, rakyat pasti tidak akan lupa siapa yang telah membawa negara ini ke satu aras yang tidak pernah tercapai sebelumnya.

Kami tidak akan lupa!

Saya tidak mungkin lupa!

Dipetik daripada laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0n3rHyWzRrLJzXZugEXDux7zk6XqBAQPpgSx9SqavfNiAVjoDyMWoKHQHTh3zsKShl&id=100044601692003

Tags: Asyraf WajdiNajibSRC InternationalTengku Maimon
Previous Post

NAJIB DAN KEADILAN YANG TERLIHAT

Next Post

SOLIDARITI BUAT DS NAJIB TUN RAZAK -ZAHID HAMIDI

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

BUKTI BAHARU SENTIASA DITOLAK, KHILAF DALAM PENGHAKIMAN

BUKTI BAHARU SENTIASA DITOLAK, KHILAF DALAM PENGHAKIMAN

September 12, 2023
KAK MAH YANG DILUPAKAN – DR. RAMALAN YUNUS

KAK MAH YANG DILUPAKAN – DR. RAMALAN YUNUS

August 28, 2023
WAN ROSDY GESA MEMO DALAMAN AGC DISIASAT SEGERA

WAN ROSDY GESA MEMO DALAMAN AGC DISIASAT SEGERA

August 28, 2023
PERBICARAAN YANG ADIL – DR. RAMALAN YUNUS

PERBICARAAN YANG ADIL – DR. RAMALAN YUNUS

August 26, 2023
APA YANG BERLAKU TERHADAP NAJIB CUKUP ZALIM – NAZIF RAZAK

APA YANG BERLAKU TERHADAP NAJIB CUKUP ZALIM – NAZIF RAZAK

August 24, 2023
UMNO TIDAK BELA NAJIB? – DR. RAMALAN YUNUS 

UMNO TIDAK BELA NAJIB? – DR. RAMALAN YUNUS 

August 23, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In