ASYRAF WAJDI JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH!

345
SHARES
2k
VIEWS

1. Memualkan melihat Asyraf Wajdi yang beria-ia menyelar Puad Zarkashi dalam isu Rafizi. Ini bukan kali pertama. Sebelum ini juga beliau banyak menjilat ludah sendiri dalam isu Muafakat Nasional dan Kerajaan Perpaduan. 

2. Khusus dalam isu Rafizi, bukan rahsia lagi masyarakat umum semakin meragui kebolehan Rafizi. Rafizi menjadi sasaran cemuhan berkaitan formula beliau sebelum ini. Bukan sedikit juga kawan-kawan yang menyindir Rafizi tentang formula beliau.

3. Akhirnya terbukti formula-formula Rafizi hanyalah sekadar retorik dan hasutan tanpa fakta dan statistik sebenar. Jawatan beliau sekarang sepatutnya membolehkan Rafizi membuat tindakan jangka pendek memulihkan ringgit.

4. Namun ia tidak berlaku. Maka amat tepat tindakan Puad Zarkashi ‘menegur’ Rafizi kerana kenyataan Rafizi kebelakangan ini semakin ‘ke laut’. Jika dahulu, ringgit jatuh adalah tidak baik untuk negara, kini ia bagus pula untuk negara (menurut Rafizi).

5. Jika dahulu formulanya sangat berkesan bagi menurunkan harga minyak, kini tidak lagi. Harga minyak masih kekal di paras tinggi, malahan harga minyak RON95 pula bakal meningkat setelah subsidi dihapuskan (cadangan oleh kerajaan dianggotai Rafizi).

6. Ini semua kata-kata dari seseorang yang lidahnya bercabang. Kata-kata dari seseorang yang tidak bertanggungjawab. Hanya mahu memanipulasi emosi rakyat berdasar keadaan semasa. Dengan kata lain, menipu demi mencapai kehendak peribadi.

7. Oleh yang demikian, Asyraf tidak perlu berlebih-lebih cuba menutup kelemahan Rafizi. Benar, Kerajaan Perpaduan perlu dipertahankan namun bukan bererti UMNO perlu diam tentang Rafizi. Rafizi kini dalam sindrom “berputar-putar membelitkan kata-kata” (senikata lagu Rindu Bayangan oleh Carefree).

8. Asyraf jangan menjadi lalang dalam UMNO, bergerak mengikut arah ditiup angin. Sikap beginilah yang bakal merosakkan UMNO. UMNO bakal dipandang rendah kerana mempunyai seorang Setiausaha Agung yang lemah dan lembik seperti beliau.

9. Asyraf jangan terlebih perasan, beliau bukanlah anggota kerajaan kabinet! Jawatan beliaupun atas ehsan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. Sepatutnya beliau mendahulukan kepentingan UMNO, kemudian barulah Kerajaan Perpaduan. Ini adalah perkara asas.

Kepada Asyraf Wajdi, saya ulang! Jangan “lebih sudu dari kuah”. Sikap anda sekarang sangat menjelekkan.

Ahli UMNO

Parlimen Grik, Perak

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts