KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA MENGENAI ISU COVID-19

108
SHARES
349
VIEWS

1. Tahniah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama kumpulan barisan hadapan, para doktor, jururawat serta Ketua Pengarah Kesihatan dan kumpulan petugas lain termasuk polis dan tentera. Mereka telah bertugas dengan amat cemerlang dan pengorbanan mereka amat dihargai dan disanjungi.

2. Sebenarnya tidak ada keperluan untuk tergesa-gesa bagi mendapat vaksin. Kita percaya banyak negara akan memperolehi lebih banyak vaksin.Manakala setakat ini negara kita dapat menangani Covid-19 tanpa vaksin.

3. Kita berharap PKPB tidak dilanjutkan apabila tamat pada 6 Disember 2020. Rakyat perlu bernafas dan kembali bebas untuk meneruskan kehidupan saperti biasa, untuk keperluan berniaga dan bekerja. Tidak perlu ada halangan lagi.

4. Ketua Pengarah Kesihatan disaran apabila melapor setiap hari mengenai status perkembangan Covid-19, mohon ditunjukkan lokasi keberadaan pesakit Covid-19 berada supaya orang ramai boleh mengelak ke tempat tersebut. Sebagai contoh, apabila tiba-tiba didapati sebegitu ramai positif jangkitan Covid-19 di Selangor, maka banyak pihak menjadi panik. Sedangkan kawasan yang berlaku adalah satu kawasan di Meru, Klang yang membabitkan pekerja kilang Top Glove. Perkara seumpama ini wajar dimaklum dengan tepat lebih awal.

5. Sesiapa yang berhajat merentas sempadan perlu mendapat kebenaran polis. Ini telah menambah bebanan tugas yang tidak perlu terhadap pihak polis. Mereka sepatutnya menumpukan tugas kepolisian untuk membasmi berbagai jenis jenayah yang berlaku dalam negara. Apatah lagi negara dibanjiri berbagai jenis pendatang asing termasuk yang masuk sebagai pelancong dan tidak mahu pulang ke negara asal mereka. Polis perlu melipat gandakan operasi mencari dan tangkap mereka. Ini patut dijadikan keutamaan.

6. Manakala SOP selalu berubah-ubah yang menyebabkan rakyat menjadi keliru. Akhirnya ada yang ditangkap dan didenda kerana naif mengenai SOP dan undang-undang. 

7. Mengenai makanan ‘order online‘, kenapa di sesetengah tempat seperti flat, apartment dan kondominium, kenapa tidak dibenarkan tempahan yang dibuat dihantar terus kepada pelanggan? Kenapa bebankan kakitangan keselamatan yang terpaksa menghantar setiap hantaran tempahan atau pelanggan yang membuat tempatan terpaksa turun bagi mendapatkan barangan atau makanan yang ditempahnya?

8. Kenapa kolam renang diarah tutup di apartment dan kondominium sedangkan sebelum arahan tutup dikeluarkan, setiap kolam renang sudahpun ada peraturan yang ditetapkan. Tidak berlaku ‘over crowding‘ malah pengguna dihadkan sepanjang masa. Maka tidak perlu arahan khusus agar kolam renang di apartment atau kondominum ditutup. 

9. Isu mengenai pengunjung atau pelawat yang dihadkan kepada 20 orang tanpa mengambil kira keluasan apartment atau rumah. Ia sepatutnya dikira mengikut keluasan tempat termasuk apa jua program yang diadakan.

10. Isu keluarga tidak dibenarkan melawat atau ziarah orang tua juga tidak sepatutnya berlaku kerana ini hanya menyebabkan mereka kesunyian dan ‘stress‘ yang boleh menyebabkan kemudaratan.

11. Kenapa juga ada syarat kepada setiap keluarga atau pengguna kereta di mana sebelum ini hanya dibenarkan seramai 2 orang dan ketika ini diizinkan seramai 3 orang. Kenapa tidak dibenarkan jumlah dalam kenderaan mengikut saiz kenderaan tersebut? Contoh sekiranya kenderaan MPV seperti Vellfire yang boleh memuatkan sehingga 6 penumpang kenapa hanya dihadkan kepada 3 orang sahaja? 

Amat wajar pihak yang mengurus SOP ini lebih prihatin dan berfikir secara mendalam sebelum membuat peraturan dan biarlah mengikut logik akal.

Sememangnya saya menyokong 100 peratus usaha dalam menangani Covid-19 demi kesihatan dan keselamatan rakyat dan kita semua, tetapi biarlah peraturan-peraturan yang dilaksanakan boleh diterima akal.

KEMPEN PAKAI PENUTUP MULA, CUCI TANGAN SELALU DAN AMALKAN PENJARAKAN MESTI DILIPAT GANDAKAN.

Semoga Allah SWT selamatkan kita semua daripada ancaman pandemik Covid-19. 

Amin. 

Oleh Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA 

25 Disember 2020

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts