MUHYIDDIN JANGAN ANGGAP UMNO KABILAH KECIL

512
SHARES
1.7k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Muhyiddin dalam ucapan Perhimpunan Agung PBMM berkata, parti Melayu dan Islam perlu bersatu dalam sebuah jemaah besar bukan berpecah dalam kabilah-kabilah kecil.

UMNO ada ahli seramai 3.7 juta orang. Ahli PAS pula lebih satu juta. Ahli PPBM berapa orang?

Tidak dinafikan mungkin jumlah ahli UMNO berkurangan kerana kematian, tidak aktif dan melompat parti (termasuk 15 Ahli Parlimen yang masuk PPBM).

Tetapi UMNO dan PAS bukan kabilah kecil. Permohonan ahli baru tetap bertambah sedangkan PPBM menghadapi kesukaran untuk menubuhkan cawangan.

Mungkin PPBM adalah kabilah kecil kerana sudah berpecah dua antara Bersatu Merah dan Bersatu Hitam.

Niat Muhyiddin memang bagus iaitu demi mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.

UMNO menyertai kerajaan PN pun demi kestabilan politik. UMNO juga sanggup menyokong Mahathir ketika Kerajaan PH hampir tumbang.

Sebab itu Muhyiddin tidak boleh “manis di bibir”. Gabungan besar tidak ada makna tanpa konsensus parti dan kejujuran politik. Itu yang diucapkan oleh Presiden UMNO di Parlimen.

Muhyiddin kena terima hakikat, ini adalah kerajaan majoriti lemah. “Prerogatif PM” bukan alasan untuk buat sesuka hati. Darurat dan Bajet 2021 adalah contoh terbaik.

Di belakang, Muhyiddin sering berkata, dia bangga kerana berjaya menumpaskan UMNO sebuah parti besar dan lama.

Tetapi kebanggaan dan maruah Perdana Menteri hampir tercalar jika BN menolak Bajet seperti mana YDP Agung menolak darurat. Semoga gabungan besar bukan retorik politik.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts