PUTAR BELIT GUAN ENG MENGENAI HUTANG PULAU PINANG

1.3k
SHARES
7.8k
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Benarkah Pulau Pinang ketika pentadbiran Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri hutangnya terurus seperti dakwaan beliau? Ramai yang tidak tahu atau sengaja dikelirukan oleh Guan Eng berkenaan hutang Pulau Pinang dengan kerajaan pusat.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas Menteri Kewangan kerana membatalkan jaminan kerajaan persekutuan ke atas pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) sebanyak RM2 bilion kepada Pulau Pinang dengan berkata, negeri itu mempunyai rekod cemerlang dalam pengurusan hutang seperti disebut setiap tahun oleh ketua audit negara.

Dakwaan beliau, kuantum hutang Pulau Pinang sebanyak RM57.83 juta pada 2018 adalah paling rendah berbanding negeri lain, dengan aset bernilai hampir RM2 bilion.

Sebenarnya begini, semasa pentadbiran kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional hutang Pulau Pinang kepada kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM655 juta pada tahun 2011, ketika itu kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran DS Najib Tun Razak sebagai PM telah menukar hutang RM655 juta Pulau Pinang kepada bayaran pajakan sebanyak RM14.56 juta setahun untuk 45 tahun.

Natijahnya Pulau Pinang tetap perlu membayar jumlah yang sama juga tetapi tidak lagi dipanggil sebagai hutang.

Lim Guan Eng juga menyembunyikan fakta bahawa kerajaan BN telah memberi RM1.2 bilion geran percuma kepada kerajaan Pulau Pinang untuk membina empangan Mengkuang pada tahun 2011.

Rujuk; https://harakahdaily.net/index.php/2018/10/25/kenapa-hutang-p-pinang-kurang-secara-drastik/

Jadi adakah dengan semua bantuan kerajaan persekutuan di zaman Barisan Nasional itu merupakan satu kezaliman? Spesis DAP ini memang tidak layak diberi kebaikan langsung. Bukan setakat tidak menghargai bahkan menggigit kembali tangan yang memberi pertolongan kepada mereka suatu ketika dahulu.

Kejam dan zalimnya kerajaan Pakatan Harapan ini dahulu, di saat Sarawak dan Kelantan memerlukan bantuan, kementerian ‘Menteri Kewayangan’ ini menafikan dengan memaksa Sarawak membayar kesemua hutang mereka kepada kerajaan pusat terlebih dahulu.

Tetapi dalam masa yang sama, secara diam-diam kerajaan Pakatan Harapan jamin pinjaman RM2 bilion kepada Pulau Pinang untuk bina LRT. Kenapa Pulau Pinang begitu istimewa?

Kita bukan tidak setuju dengan projek infrastruktur kepada rakyat ini, tetapi apa masalahnya sehingga perlu meminjam daripada bank luar kerana Menteri Kewangan Tengku Zafrul menyatakan menurut BNM pasaran kewangan Malaysia mempunyai kecairan yang tinggi dan kerajaan boleh memperoleh dana daripada pasaran tempatan. Jadi apa perlunya meminjam daripada bank luar?

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2102871526514831/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts