KENYATAAN MEDIA PUTRA KEDAH MENGENAI ISU ROBOH KUIL DI ALOR SETAR

592
SHARES
1.9k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA) NEGERI KEDAH DARUL AMAN

6 Disember 2020

Pimpinan PUTRA Kedah ingin menekankan bahawa kami menyokong penuh tindakan Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu Kuala Kedah.

Sokongan PUTRA Kedah ini diberikan kerana jelas kuil tersebut didirikan di kawasan yang telah digazetkan sebagai tanah lapang dan bukanlah disebabkan kerana tindakan bersifat rasis seperti kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap YB Menteri Besar Kedah. Malah sebuah gelanggang silat, gerai-gerai, tempat parkir kereta, stor, pagar dan bangsal juga turut dirobohkan di beberapa kawasan lain.

Tindakan merobohkan kuil dan bangunan lain juga adalah demi menegakkan undang-undang yang telah termaktub sekian lama.

PUTRA Kedah juga percaya terdapat banyak lagi premis tertentu yang didirikan atas tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.

Justeru itu PUTRA Kedah memohon agar rakyat Malaysia khususnya penduduk setempat agar berlapang dada dan memahami kenapa tindakan tersebut dilaksanakan.

Oleh Syed Hairoul Al Yahya

Setiausaha PUTRA negeri Kedah

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts