Oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Mesyuarat Exco @ Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia petang tadi telah mengambil pendirian secara sepakat untuk terus memperjuangkan dan memantau isu-isu menyentuh kepentingan rakyat sebagaimana berikut:
1. i-SINAR KWSP
Pemuda UMNO melalui Sekretariat Pemantau KWSP akan terus membela rakyat dan memantau proses untuk mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat, kriteria dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10,000 maksimum.
2. Moratorium
Pemuda UMNO akan memantau sejauh mana kemudahan moratorium yang dijanjikan benar-benar memenuhi keperluan rakyat dengan meneruskan talian hotline 013-7354116 dan 013-7354117.
3. Isu penjualan aset ladang Tabung Haji Plantation
Walaupun kerajaan umumkan penarikan balik kelulusan penjualan aset-aset ladang THP ini atas alasan “untuk diteliti dengan lebih lanjut”, kami Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan memantau dan meneliti dengan dekat perkembangan samaada transaksi ini bakal diteruskan juga pada masa akan datang.
Sejujurnya, kami masih berwaspada kerana daripada maklumat yang kami dedahkan sejak sebelum kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada bulan Januari 2020, THP telahpun menerima bayaran pendahuluan yang besar daripada penjualan tersebut setelah diumumkan di Bursa Malaysia.
Justeru, bagi pihak rakyat dan pendeposit Tabung Haji, In sha Allah kami akan terus memantau dan bersuara.
4. Agenda #PEMUDABANTURAKYAT
Pemuda UMNO akan terus menggerakkan 191 Bahagian dan 22,143 Cawangan UMNO seluruh Malaysia untuk menghulurkan tangan dengan menyumbang keringat tenaga dan menyalurkan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dalam suasana pandemik yang belum berakhir.