GUAN ENG SUDAH HILANG INGATAN ?

98
SHARES
315
VIEWS

GUAN ENG SUDAH HILANG INGATAN ?

Semasa negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional, tak ramai yang tahu bahawa unjuran dan penarafan ekonomi Malaysia sering dinaikkan oleh syarikat penarafan antarabangsa dan Bank dunia sebelum PRU14. Bank Dunia khususnya telah menaikan unjuran ekonomi Malaysia sebanyak 4 kali. Ini berlaku dalam tempoh 12 bulan sebelum PRU 14 dan kali terakhir berlaku pada bulan April 2018. Turut dijangkakan adalah negara dalam landasan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2020 dan 2024.

Tetapi pemimpin PH menemplak kenyataan ini. Pada mereka bagaimana agensi antarabangsa tahu ? Apasal tak tanya rakyat ? BN sudah membawa negara kearah negara muflis – itu antara kata-kata pemimpin PH bagi menafikan pengiktirafan antarabangsa terhadap ekonomi negara ketika itu.

Selepas mereka menang dalam PRU14, oleh kerana tindakan PH yang melaksanakan “cuti cukai selama 3 bulan” yang mana sebulan sahaja kutipan GST mencecah RM3.44 bilion jika didarab dengan tiga bulan, jumlahnya mencecah sebanyak RM11 bilion! PH juga telah menukarkan sistem percukai GST kepada SST, satu tindakan paling “bodoh” yang pernah di buat oleh satu-satu kerajaan di muka bumi ini, akhirnya…

Pada Disember 2018, Bank dunia telah turunkan prospek ekonomi Malaysia 3 kali. Bank Dunia sekali lagi turunkan unjuran KDNK Malaysia. Pakar Ekonomi Negara Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin menyimpulkan dua faktor utama yang menyumbang kepada penurunan KDNK tersebut iaitu penurunan perbelanjaan kerajaan serta pelaburan yang lebih rendah sama ada dari sektor swasta mahupun awam.

Tahu kenapa penurunan perbelanjaan kerajaan ? Sendiri jawab sajalah.

Tak cukup dengan itu, penarafan PETRONAS pun diturunkan dua kali dalam tempoh 8 bulan selepas PRU14 akibat PENJARAHAN BESAR-BESARAN rizab tunai Petronas berterusan oleh PH – satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah: Menteri Kewayangan tentu boleh jawab hal ini. Nov 2018: Moody’s ubah prospek penarafan Petronas dari stabil kepada negatif.

Moody’s berkata, tindakan penarafan itu disebabkan oleh pengumuman kerajaan bahawa Petronas akan membayar dividen sebanyak RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion (termasuk dividen istimewa sebanyak RM30 bilion) pada 2019.

“Prospek negatif terhadap penarafan Petronas mencerminkan pandangan kami bahawa profil kewangannya mungkin merosot jika kerajaan terus meminta syarikat itu untuk mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi, terutama jika harga minyak merosot,” kata Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan.

Apa yang berlaku, Menteri Kewayangan PH, Guan Eng tidak puashati dengan tindakan Moody’s Investors Service menurunkan penarafan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada stabil kepada negatif.

Menurut Guan Eng,Moody’s tidak seharusnya membuat penarafan berdasarkan dividen istimewa RM30 juta bersifat ‘one-off’ (sekali gus) yang diberikan Petronas kepada kerajaan.

Moody’s mengesahkan penarafan terbitan domestik dan mata wang asing tidak bercagar kanan PETRONAS pada A1, namun mengubah tinjauan daripada stabil kepada negatif.

Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan menjelaskan, agensi itu berpandangan profil kewangan Petronas mungkin merosot jika kerajaan terus meminta syarikat itu mengekalkan pembayaran dividen tinggi, terutama jika harga minyak turun.

Manakala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyelar kerajaan PH ketika itu dan menyifatkan perubahan taraf itu berlaku berlaku hasil ‘kecekapan’ kerajaan PH menguruskan wang negara serta langkah yang diambil dalam Belanjawan 2019.

Menurut Najib kerajaan PH kini menjarah Petronas untuk membayar dividen yang tinggi dalam usaha menampung kekurangan hasil negara, sekali gus menyebabkan penarafan kredit negara pun berkemungkinan besar turut dipengaruhi.

Oleh itu, Menteri kewayangan Guan Eng perlulah cermin ke muka terlebih dahulu sebelum menuding kerajaan hari ini yang sedang bertungkus lumus memastikan ekonomi negara stabil dalam usaha membasmi pendamik Covid-19 masih lagi menjadi keutamaan negara.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts