GUAN ENG SUDAH HILANG INGATAN?

231
SHARES
746
VIEWS

Oleh Lau Chin Kok

Semasa negara di bawah pentadbiran Barisan Nasional, tidak ramai yang tahu bahawa unjuran dan penarafan ekonomi Malaysia sering dinaikkan oleh syarikat penarafan antarabangsa dan Bank dunia sebelum PRU-14.

Bank Dunia khususnya telah menaikkan unjuran ekonomi Malaysia sebanyak 4 kali. Ini berlaku dalam tempoh 12 bulan sebelum PRU-14 dan kali terakhir berlaku pada bulan April 2018. Turut dijangkakan adalah negara dalam landasan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2020 dan 2024.

Tetapi pemimpin PH menempelak kenyataan ini. Bagi mereka bagaimana agensi antarabangsa mengetahui hal ini? Kenapa tidak tanya rakyat Malaysia sendiri? Barisan Nasional sudah membawa negara ke arah negara muflis – itu antara kata-kata pemimpin PH bagi menafikan pengiktirafan antarabangsa terhadap ekonomi negara ketika itu.

Selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU-14, oleh kerana tindakan mereka yang melaksanakan “cuti cukai selama 3 bulan” yang mana sebulan sahaja kutipan GST mencecah RM3.44 bilion jika didarab dengan tiga bulan, maka jumlahnya sudah mencecah sebanyak RM11 bilion!

Pakatan Harapan juga telah menukarkan sistem percukaian GST kepada SST, satu tindakan paling ‘bodoh’ yang pernah dibuat oleh satu-satu kerajaan di muka bumi ini, akhirnya pada Disember 2018, Bank Dunia telah menurunkan prospek ekonomi Malaysia 3 kali.

Bank Dunia sekali lagi turunkan unjuran KDNK Malaysia. Pakar Ekonomi Negara Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin menyimpulkan dua faktor utama yang menyumbang kepada penurunan KDNK tersebut iaitu penurunan perbelanjaan kerajaan serta pelaburan yang lebih rendah sama ada dari sektor swasta mahupun awam.

Tahu kenapa penurunan perbelanjaan kerajaan? Sendiri jawab sahajalah.

Tidak cukup dengan itu, penarafan PETRONAS juga diturunkan dua kali dalam tempoh 8 bulan selepas PRU-14 akibat PENJARAHAN BESAR-BESARAN rizab tunai Petronas berterusan oleh Pakatan Harapan – satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. 

“Menteri Kewayangan” tentu boleh menjawab hal ini. Pada November 2018, Moody’s pula mengubah prospek penarafan Petronas daripada stabil kepada negatif.

Moody’s berkata, “Tindakan penarafan itu disebabkan oleh pengumuman kerajaan bahawa Petronas akan membayar dividen sebanyak RM26 bilion pada 2018 dan RM54 bilion (termasuk dividen istimewa sebanyak RM30 bilion) pada 2019.” 

Prospek negatif terhadap penarafan Petronas mencerminkan pandangan kami bahawa profil kewangannya mungkin merosot jika kerajaan terus meminta syarikat itu untuk mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi, terutama jika harga minyak merosot,” kata Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan.

Apa yang berlaku kemudiannya, Menteri Kewayangan Pakatan Harapan, Guan Eng tidak berpuas hati dengan tindakan Moody’s Investors Service menurunkan penarafan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tersebut daripada stabil kepada negatif.

Menurut beliau Moody’s tidak seharusnya membuat penarafan berdasarkan dividen istimewa RM30 juta bersifat ‘one-off’ (sekaligus) yang diberikan Petronas kepada kerajaan.

Moody’s mengesahkan penarafan terbitan domestik dan mata wang asing tidak bercagar kanan PETRONAS pada A1, namun mengubah tinjauan daripada stabil kepada negatif.

Naib Presiden Kanan Moody’s, Vikas Halan menjelaskan, agensi itu berpandangan profil kewangan Petronas mungkin merosot jika kerajaan terus meminta syarikat itu mengekalkan pembayaran dividen tinggi, terutama jika harga minyak turun.

Manakala bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyelar kerajaan Pakatan Harapan ketika itu dan menyifatkan perubahan taraf itu berlaku berlaku hasil ‘kecekapan’ kerajaan PH menguruskan wang negara serta langkah yang diambil dalam Belanjawan 2019.

Menurut Najib, kerajaan Pakatan Harapan ketika itu menjarah Petronas untuk membayar dividen yang tinggi dalam usaha menampung kekurangan hasil negara, sekali gus menyebabkan penarafan kredit negarapun berkemungkinan besar turut dipengaruhi.

Oleh itu, Menteri kewayangan Guan Eng perlulah mencermin muka sendiri terlebih dahulu sebelum ‘menuding jari’ kepada kerajaan hari ini yang sedang bertungkus lumus memastikan ekonomi negara stabil dalam usaha membasmi pandemik Covid-19 masih lagi menjadi keutamaan negara.

(Penulis merupakan Pengerusi Biro Media Baharu MCA)

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://www.facebook.com/123238147811522/posts/2110658065736177/

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts