ISU KARTEL DAGING HARAM: BENARKAH TELAH BERLAKU SEJAK 40 TAHUN LEPAS?

458
SHARES
1.5k
VIEWS

1. Isu penjualan daging import yang ditunjangi kartel daging haram di negara ini semakin hangat, yang melibatkan pelbagai pihak dan jabatan kerajaan.

2. Media  mendakwa ia berlaku sejak 40 tahun dahulu namun mengikut pandangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, ia tidak berlaku pada zaman pentadbirannya kerana tiada sebarang aduan rasmi ataupun pendedahan oleh pihak media ketika itu.

Walaupun media melaporkan ianya telah berlaku sejak 40 tahun lalu, pada ingatan saya, isu kartel daging yang diragui halalnya tidak pernah timbul sepanjang tempoh saya Perdana Menteri dan kerajaan kami juga tidak pernah menerima apa-apa aduan rasmi berhubungnya.”

3. Menurut bekas Perdana Menteri keenam tersebut, isu sebesar ini tentunya akan diambil tindakan segera oleh kerajaan jika ada pendedahan ataupun aduan dibuat. 

Oleh sebab isunya amat berat, sudah tentu kerajaan Barisan Nasional dahulu akan mengambil tindakan jika kita menerima aduan rasmi atau maklumat.” 

Namun tidak pernah ada aduan rasmi diterima dan media juga tidak pernah timbulkan isu ini masa itu.” 

4. Najib juga meminta bantuan jika ada laporan berkenaan isu ini di zaman pentadbirannya, beliau memohon netizen membantu beliau memberikan pautan ataupun maklumat kepada berita atau aduan tersebut.

5. Maka ada netizen yang menimbulkan isu yang berlaku pada tahun 2017 mengenai kontena yang membawa daging kambing dicampur dengan daging babi.

Rujuk pautan;

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/245443/amp

6. Namun perlu difahami isu yang berlaku pada tahun 2017 ini sebenarnya tidak sama dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan isu yang hangat diperkatakan ketika ini.

Rujuk penjelasan kerajaan melalui laman web sebenarnya.my mengenai isu daging kambing bercampur daging babi di pautan;

https://sebenarnya.my/74-kontena-mengandungi-daging-babi-terlepas-daripada-pemeriksaan-maqis/

7. Menurut Najib lagi, semakan juga telah dibuat termasuk bertanyakan menteri-menteri berkaitan yang berada di bawah pentadbirannya ketika itu. 

Saya juga telah semak dengan menteri-menteri berkenaan pada masa itu dan mereka juga mengesahkan tiada aduan pernah diterima dan media juga tidak pernah timbulkan isu ini sepanjang masa saya Perdana Menteri.”

8. Beliau juga dapati isu ini hanya timbul pada bulan Oktober 2019, di bawah kerajaan Pakatan Harapan;

Setelah dikaji, rupanya isu ini pertama kali dilaporkan pada bulan Oktober 2019 tahun lepas.”

Media Asia Sentinel yang mula-mula membuat dakawaan setelah sebuah badan pensijilan halal di Australia telah ditarik balik pengiktirafan oleh JAKIM.” 

Rujuk pautan;

https://www.asiasentinel.com/p/corruption-malaysia-halal-certification-process

9. Menurutnya lagi, pada masa itu Menteri Agama Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya Fuziah Salleh serta kerajaan Pakatan Harapan telah menolak dakwaan tersebut manakala Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berjanji akan siasat dan beri maklum balas kemudiannya.

10. Namun menurut Najib sehingga kini tidak kedengaran sebarang perkembangan, yang terkini Mujahid berkata bahawa SPRM tidak pernah campur tangan atau siasat isu ini semasa beliau menjadi Menteri Agama bagi kerajaan Pakatan Harapan.

11. Najib juga menuntut penjelasan Latheefa Koya, Mujahid dan Fuziah mengenai status siasatan berhubung kartel daging ini sepanjang tempoh 4 bulan mereka ‘menyiasat’ isu tersebut. 

Rujuk kenyataan penuh Najib di pautan; https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157581674570952/

12. Namun kes seperti ini tidak mustahil sudah lama berlaku kerana sikap tamak inilah yang menjadi punca kepada pelbagai rasuah dan ketirisan, cuma dengan izin Allah isu besar ini hanya terbongkar dan menjadi hangat baru-baru ini. 

13. Cuma dakwaan kartel daging haram ini telah berlaku sejak 40 tahun dahulu perlu disiasat terlebih dahulu agar tidak menimbulkan kegemparan dan kegusaran awam.

14. Logiknya dalam waktu yang sebegitu lama, tentu operasi atau modus operandinya melibatkan banyak pihak dan ramai individu tertentu di pelbagai jabatan dan agensi penguatkuasaan yang terlibat, maka perkara sebegini besar sebenarnya tidak mudah untuk ditutup atau dirahsiakan dalam tempoh yang sebegitu lama. 

15. Jika benar dakwaan bahawa isu ini telah berlaku sejak 40 tahun dahulu maka syarikat media atau pihak yang mendakwa tersebut sepatutnya mempunyai bukti-bukti khusus siapa dalang yang terlibat termasuk ‘sekutu-sekutunya’ dalam kerajaan yang melindungi mereka selama ini.

16. Ini tentunya memudahkan pihak berkuasa dan kerajaan menangani isu ini agar ia dapat dibasmi dengan segera serta diharapkan tidak ada pihak tertentu akan melindungi mana-mana individu, syarikat ataupun agensi yang terlibat.

17.  Selain itu mungkin ramai yang tidak perasan dan berpandangan daging beku kebiasaannya hanya dijual di pasaraya besar namun hakikatnya kedai runcit turut menjualnya terutama premis yang dimiliki warga asing iaitu kedai Acheh yang berada di serata tempat di seluruh negara sejak sekian lama.

18. Oleh kerana itulah kerajaan perlu bertindak segera, kerana tidak kira sama ada ia sudah berlaku sejak 40 tahun lepas atau baru 40 hari sekalipun, isu sebesar ini yang berlaku ke atas ummah wajar menjadi keutamaan untuk segera diselesaikan. 

19. Rakyat juga meletakkan harapan yang tinggi agar mereka yang terlibat dan didapati bersalah perlu diberi hukuman sekeras dan semaksima mungkin –  sebagai iktibar agar selepas ini tiada lagi mana-mana pihak berani mengambil kesempatan atas kebaikan dan kelembutan umat Islam di negara ini, tidak kira sama ada yang bersalah itu Muslim ataupun tidak, penjawat awam ataupun kumpulan kartel.

20. Justeru, umat Islam di negara ini memohon agar kerajaan segera mengumumkan nama syarikat dan pihak yang terlibat serta jenama yang digunakan untuk mengelabui mata rakyat selama ini demi mengaut keuntungan segera – agar umat Islam dapat terus berwaspada dan berhati-hati dalam memilih dan membeli daging beku import tersebut.

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts