UMNO TIDAK PERLU MOHON MAAF, HANYA PERLU PERKUAT PARTI SENDIRI

108
SHARES
348
VIEWS

Oleh Shahril Hamdan

Ketua Penerangan PPBM menyelar kenyataan Ketua Pemuda UMNO bahawa ada usaha mengambil ahli UMNO untuk membantu menambah keahlian PPBM.

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/20424/

Wan Saiful Wan Jan mendesak agar DR ASYRAF WAJDI DUSUKI memohon maaf atas kenyataan beliau.

Tidak ada sebab untuk Dr Asyraf mohon maaf kerana soal PPBM mengambil ahli UMNO ini sudah jelas.

Kalau lihat di Parlimen, berapa peratus Ahli Parlimen PPBM yang datang dari UMNO?

Kalau lihat di peringkat Bahagian, berapa ramai pimpinan Bahagian yang datang daripada UMNO?

Soal bayaran, habuan dan sebagainya – jika Dr. Asyraf disaman di mahkamah, saya yakin beliau sedia mengemukakan buktinya.

Semua ini tidak sedikitpun menghakis penghargaan UMNO kepada akar umbi yang kekal setia bersama parti waktu susah dan senang.

Sebagai menzahirkan penghargaan tersebut, UMNO mesti terus memperkukuh kekuatan sendiri supaya tidak boleh diperkotak-katik oleh parti lain. Ada pihak yang akan sentiasa mahu melihat UMNO lemah dan dilemahkan. Kita tidak terkejut dengan senario itu – sebaliknya terus mencari jalan memastikan parti ini menjadi pilihan utama orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya.

Jika kita tidak kuatkan parti, jika kita asyik bergaduh sesama sendiri, jika kita tidak siapkan tawaran menarik untuk rakyat – maka kita tidak boleh salahkan orang lain jika mereka memintas kita. Kerana itulah lumrah politik.

In sha Allah musim persidangan ini, UMNO akan fokus kepada agenda yang dibawah kawalan kita dan tidak dipacu oleh agenda atau helah orang lain.

(Penulis merupakan Ketua Penerangan UMNO) 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts