ANWAR PRESIDEN BAHARU PKR DAN BAKAL PERDANA MENTERI KELAPAN

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini menjadi Presiden PKR apabila tidak dicabar oleh sesiapa dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi PKR walaupun sebelum ini Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan akan mencabar beliau.

Manakala Azmin sendiri akan dicabar oleh Rafizi Ramli untuk jawatan yang dipertahankan beliau iaitu Timbalan Presiden PKR.

Walaupun Anwar belum disahkan jawatannya seperti yang dimaklumkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Ismail Yusof yang berkata Anwar belum boleh disahkan sebagai Presiden secara rasmi kerana badan itu mempunyai prosedur tertentu, seperti perlu melalui proses pengesahan oleh JPP dan sekiranya tiada bantahan selama tiga hari selepas nama dipamerkan pada 8 Ogos, diikuti dengan tempoh rayuan selama tiga hari juga.

Khabar angin yang berlegar kuat hatta di kem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sendiri iaitu Azmin adalah bakal Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Mahathir Mohamad kelihatannya akan berubah dengan perkembangan terkini.

Sekiranya Tun Mahathir memilih Azmin dan bukannya Anwar, selain dianggap mengkhianati janji, Tun Mahathir juga akan dituduh masih tidak mempercayai dan kekal dengan prasangkanya bahawa Anwar  sememangnya tidak layak menjadi Perdana Menteri, walaupun beliau telah meminta maaf sebelum ini kepada Anwar.

Kemungkinan juga kem Anwar yang tidak sependapat dengan kem Azmin berjaya membuat desakan selepas ini agar Tun Mahathir melantik beliau secepat mungkin ke jawatan Perdana Menteri seperti yang telah disepakati oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU-14.

Walaupun Tun Mahathir sendiri kelihatannya berdolak-dalik beberapa kali dalam hal ini dan rakan-rakan beliau juga secara terbuka mengatakan bukan Anwar yang akan menjadi Perdana Menteri, tetapi Tun  Mahathir sewajarnya menunaikan janji beliau untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 agar kerajaan PH tidak dikatakan berterusan menipu rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts