APA YANG MARINA DAN LGBT MAHUKAN SEBENARNYA?

180
SHARES
580
VIEWS

Aktivis yang memperjuang golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), anak kepada Perdana Menteri Malaysia ke-7 iaitu Datin Marina Mahathir mendesak agar hak kesamarataan dari sudut hak asasi diberi kepada golongan LGBT.

Marina sebelum ini dipetik berkata, apa yang beliau mahukan untuk komuniti LGBT bukanlah meminta hak tambahan yang boleh mencabar undang-undang seperti menghalalkan perkahwinan sejenis sebaliknya hak yang diminta untuk komuniti LGBT adalah seperti hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.

Jika Marina menuntut hak untuk komuniti LGBT seperti di atas, bukankah hak-hak ini dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa diskriminasi?

Belum pernah ada soalan mengenai kecenderungan seksual sekiranya kita ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dan ketika ditemuduga untuk mendapatkan pekerjaan.

Tiada sesiapa akan bertanya kepada kita sekiranya ingin mendapatkan perlindungan insurans ataupun jika ingin memohon memasuki universiti awam serta jika anda ke balai polis membuat laporan

Bahkan anda dibenarkan untuk mengundi ataupun hendak bertanding sebagai Ahli Parlimen ataupun ADUN walaupun anda pengamal LGBT.

Justeru, apa yang sebenarnya diperjuangkan dan dikehendaki oleh Marina dan kumpulannya?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts