PEMUDA UMNO PASIR PUTIH DESAK ANNUAR MUSA DIPECAT

250
SHARES
806
VIEWS
Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh Muhammad Saifullah Ali mengusulkan supaya Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa dipecat daripada parti tersebut.
Usul berkenaan dicadangkan semasa mesyuarat perwakilan pergerakan  yang berlangsung semalam.
Menurut Saifullah, UMNO perlu mengambil tindakan tegas dengan memecat keahlian Annuar selepas beliau dilihat tidak menghormati Presiden, mendahului keputusan parti serta tidak membela partinya sendiri, selain dianggap sebagai ‘tali barut’. 
Perwakilan mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuang keahlian Annuar, kerana Annuar menjadi tali barut Bersatu, tidak menghormati Presiden parti, mendahului keputusan parti dan tidak membela UMNO.
Sebagai rekod, perkembangan politik mutakhir ini memperlihatkan akar umbi UMNO semakin menolak kerjasama dengan Bersatu kerana isu ‘mencuri’ ahli, parti tersebut dilihat kerap tidak menghormati dan ‘membuli’ UMNO serta isu pembahagian kerusi yang memerlukan kepada persefahaman secara ‘gentlemen‘ dan kejujuran politik – yang dilihat tidak ada pada Bersatu. 
Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts