UMNO JADI BISU BILA MCA PERTAHAN KOMUNIS?

223
SHARES
720
VIEWS

Hari ini, Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng menyelar tindakan polis yang menurunkan gambar pemimpin revolusi komunis Mao Tse Tung di salah sebuah restoran makanan menyifatkannya sebagai terlalu keras dan sensitif.

Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA) Johor, AD Satiman ketika dihubungi menyifatkan perkara ini adalah kerana UMNO telah memberikan ‘talian hayat’ kepada MCA untuk terus bernafas selepas PRU-14 yang lalu.

MCA hari ini semakin berani kerana UMNO takut untuk menegur tindakan biadap mereka hari demi hari. Tidak ada pemimpin tertinggi yang berani menegur tindakan MCA semenjak daripada pasca PRU-14 termasuklah Presiden mereka Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi.” 

Mereka hanya jadi parti Melayu yang bacul dan sanggup memberi kuasa dan jawatan strategik kepada MCA untuk terus berkuasa memperkuat hegemoni anti perpaduan.” 

Kalau betul UMNO berani dan kuat, tinggalkan sahaja MCA dan fokus perjuangkan identiti negara ini tanpa perlu rasa bersalah lagi dengan MCA.” 

Tambah beliau lagi, “Orang Melayu mahukan pemimpin yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair kita. Bukannya jadi pemimpin yang penakut.” 

Diyana Hashim

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts