PENDIRIAN TEPAT UMNO PERTAHAN KERUSI SENDIRI – SHAHRIR SAMAD

273
SHARES
880
VIEWS

Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru memutuskan supaya Barisan Nasional bertanding di DUN Larkin pada PRU-15 walaupun calon Pakatan Harapan daripada PPBM telah dipilih pengundi pada PRU-14.

Ada sahabat kata kepada saya, kalau Barisan Nasional bertanding di DUN Larkin yang wakil rakyatnya daripada PPBM, maknanya UMNO Johor Bahru tolak kerjasama dengan PPBM?

Betullah tu.

Kami bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih. Pengundi harus diberikan pilihan.

Hujung minggu ini, semua Bahagian UMNO mengadakan perwakilan masing-masing. Esok akan ada lagi bagi negeri-negeri yang hari Ahad ialah hari cuti hujung minggu.

UMNO di Perak, melalui kenyataan Menteri Besar baru negeri itu, akan pertahan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang wakil-wakilnya telah melompat keluar daripada UMNO.

Ini pendirian yang betul dan ada hanya satu sahaja alasan wakil rakyat yang melompat ke PPBM boleh cuba gunakan iaitu “Saya seorang Menteri (atau seorang Timbalan Menteri).”

Bila Parlimen sudah bubar, sudah tidak ada Menteri atau Timbalan Menteri. Esok selepas PRU kalau dilantik semula, tetap kena angkat sumpah sekali lagi. Sumpah jawatan menteri luput pada akhir hayat Parlimen.

Begitu juga bagi negeri Pahang. No PPBM! Kerana PPBM tidak menang sebarang kerusi di negeri itu pada PRU-14.

Tetapi ada menteri. Dahulu UMNO. Masuk PKR dan menang di Indera Mahkota. Selepas itu, lompat ke PPBM dan kekal sebagai menteri. Takkan kerana ada jawatan, boleh dapat laluan? 

Akhirnya, kalau Saifudin ICERD hendak bertanding juga, kenalah berdepan dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Indera Mokhtar. Mana tahu beliau boleh menang apabila ada Menteri PAS datang tolong berkempen atas semangat “mempertahankan Perikatan Nasional”.

Hendak memperkasakan Muafakat Nasional sudah tidak boleh kerana ia lahir atas kebangkitan ummah menentang ICERD.

Kan ini suara akar umbi UMNO.

Oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts