PPBM hari ini terdiri daripada tiga kumpulan pengkhianat:
SATU: Pengkhianat Pakatan Harapan dari PPBM yang menjatuhkan kerajaan mereka sendiri;
DUA: Pengkhianat UMNO yang melompat parti ke PPBM apabila Barisan Nasional hilang kuasa sebagai kerajaan; dan
TIGA: Pengkhianat PKR dari puak Azmin yang melompat parti ke PPBM apabila Azmin bergaduh dengan Anwar.
PPBM juga dilaporkan cuba untuk mencuri ahli-ahli UMNO dan PAS di akar umbi.
Orang-orang UMNO di semua peringkat telah lama sedar akan niat PPBM untuk meruntuhkan UMNO.
Sebab itu rata-rata lebih 140 bahagian-bahagian UMNO yang telah bermesyuarat kelmarin telah membuat keputusan menolak kerjasama dengan PPBM.
Ini jelas menggambarkan pendirian akar umbi UMNO.
Mereka tidak mahu bekerjasama dengan pengkhianat, dan mereka tidak rela dikhianati lagi nanti.
Kerusi adalah kuasa, dan kuasa itu perlu untuk menentukan dasar untuk rakyat.
Contohnya, jika UMNO ada cukup kerusi untuk menentukan dasar, sudah tentu rakyat tidak perlu beratur panjang untuk mengeluarkan duit KWSP mereka dengan pelbagai syarat.
Sebab itu UMNO akan bertanding dalam PRU-15 di semua kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi semasa PRU-14 lepas.
Dan juga di semua kerusi-kerusi PPBM.
Kita tidak boleh biarkan kerusi dan kuasa diberi ke tangan pengkhianat.
Semalam Ketua Bahagian UMNO Machang merangkap Pengerusi UMNO Kelantan Dato’ Jazlan Yaakub telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MPOB yang dilantik oleh kerajaan Perikatan Nasional sekiranya Parlimen tidak dibubar sehingga akhir bulan ini.
Beliau berkata maruah dan prinsip perjuangan parti adalah lebih penting daripada gaji dan elaun jawatan kerajaannya.
Saya percaya selepas ini lebih ramai pemimpin akan meninggalkan Perikatan Nasional dan PPBM sebelum PRU-15.
Tidak ada siapa yang akan undi pengkhianat kecuali pengkhianat sendiri.
Pada PRU-15 nanti rakyat akan menggelar mereka sebagai pengkhianat nasional.
Dan jika kita beri laluan kepada mereka (PPBM) pun mereka akan kalah kerana ditolak oleh rakyat, dan Pakatan Harapan pula yang akan menang.
Kita tidak boleh benarkan perkara ini berlaku.
Kita akan tolak Pakatan Harapan dan juga pengkhianat-pengkhianat ini dalam PRU-15 akan datang.
Biar rakyat tentukan nasib pengkhianat-pengkhianat ini.
ISHAM JALIL
4 Januari 2021
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/892422648179927/?d=n