UMNO GUA MUSANG CADANG 5 USUL DEMI MASA DEPAN DAN SURVIVAL PARTI

444
SHARES
2.6k
VIEWS

Mensyukuri, Bahawa UMNO dan BARISAN NASIONAL telah berperanan besar menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan dan telah menyokong pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 demi rakyat;

Mengakui, bahawa Kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk tersebut telah menafikan hak-hak dan suara UMNO dan Barisan Nasional dalam kerajaan hari ini.

Menginsafi, bahawa persoalan yang UMNO hadapi kini ialah persoalan hidup mati, persoalan masa depan dan survival parti.

Maka, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gua Musang membuat ketetapan seperti berikut:-

PERTAMA: Menolak sebarang kerjasama dengan PPBM berdasarkan suara akar umbi ahli-ahli peringkat Cawangan.

KEDUA: Mencadangkan supaya PRU diadakan dalam suku pertama 2021, bagi menyerahkan mandat kepada rakyat dan sekiranya PRU tidak dapat diadakan dalam masa terdekat, maka Ahli Parlimen UMNO mestilah menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.

KETIGA: Mendesak UMNO bertanding tidak kurang daripada jumlah kerusi Parlimen dan Negeri yang ditandingi dalam PRU ke-14 (dalam tahun 2018) yang lepas.

KEEMPAT: Mencadangkan supaya UMNO Bahagian diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih dan menentukan calon Pilihan Raya Umum ke-15.

KELIMA: Mengukuhkan kerjasama antara UMNO dan PAS melalui pengukuhan Muafakat Nasional. Kerjasama ini perlu dikaji semula sekiranya PAS tidak mengutamakan hubungan dengan UMNO dalam Muafakat Nasional.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts