QIAM BANTAH MCA SOKONG AKTIVITI AGUNGKAN KOMUNIS

430
SHARES
2.5k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN GERAKAN QIAM (QIAM)

Setelah lebih 64 tahun Merdeka dan berjuang menghapuskan pengganas komunis, masih ada sesekali timbul aktiviti yang seolah-olah cuba membangkitkan semula ideologi komunisme di negara ini.

Mutakhir ini ada restoran di Pulau Pinang dan Johor yang mempamerkan ‘wallpaper‘ Mao Tse Tung. (Rujuk Malaysiakini bertarikh 3 Januari 2021 dan media sosial). Keadaan ini tentunya ‘membarakan’ kemarahan rakyat yang setia dan cintakan negara ini, khususnya pihak pasukan keselamatan yang berjuang bermati-matian menghapuskan pengganas komunis dahulu. QIAM menuntut kerajaan bertindak keras dan tegas ke atas puak-puak yang menyokong atau menjadi tali barut ideologi komunis ini.

2. QIAM juga amat terkejut, dukacita dan marah terhadap parti MCA kerana tidak sensitif terhadap perasaan warga peribumi dan rakyat Malaysia kerana membela dan menunjukkan keprihatinannya terhadap reaksi pihak berkuasa terhadap restoran di Pulau Pinang yang menampal ‘wallpaper‘ karikatur pemimpin revolusi komunis Mao Tse Tung.

3. MCA sejak Merdeka lagi telah menjadi salah sebuah parti politik dalam kerajaan. Adakah setelah sekian lama Merdeka, MCA masih ‘buta’ dengan sentimen rakyat Malaysia? MCA sepatutnya sensitif terhadap apa jua bentuk aktiviti mempromosikan fahaman atau idealogi komunis di negara ini.

Satu-satunya musuh negara yang masih dirasai oleh rakyat adalah pengganas komunis yang berperang dengan kerajaan kita yang berdaulat sejak 1948 hingga 1989. Beribu-ribu anggota keselamatan dan rakyat yang terkorban dan cedera, serta banyak harta benda dimusnahkan oleh pengganas komunis.

QIAM dan warga peribumi tidak boleh menerima musuh negara ini digunakan untuk mempromosikan barangan dalam apa jua cara termasuk dengan cara mempamerkan karikatur pemimpin revolusi komunis Mao Tse Tung serta karikatur wajah pengganas komunis di negara ini.

4. QIAM juga tidak bertujuan menyemarakkan sentimen perkauman di negara ini sebaliknya QIAM ingin mengingatkan warga China serta mana-mana pihak di negara ini hendaklah sentiasa patuh dan prihatin terhadap undang-undang negara ini, mempertahan Perlembagaan Persekutuan serta menghayati maksud Rukun Negara. “Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”.

Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mempromosi barangan negara China tanpa perlu mempamerkan karikatur pengganas komunis dengan pakaian Tentera Kebebasan Rakyat (PLA). 

Malah mereka boleh menggunakan gambar-gambar pemandangan yang indah dan tidak menyakitkan hati rakyat Malaysia terutama orang Melayu dan anggota keselamatan yang banyak terkorban angkara pengganas komunis. Tindakan mereka ini hanya membuat luka lama berdarah kembali. Apatah lagi isu abu Chin Peng yang dibawa balik secara senyap-senyap serta majlis merayakan perjuangan komunis di Kajang sebelum inipun masih belum reda.

5. QIAM meminta MCA serta mana-mana pihak agar tidak menjadi penyokong “dalam selimut” bagi ideologi komunisme atau dilihat sedemikian. Warga China di negara ini juga harus menghormati undang-undang negara kita dan mereka tidak boleh menyakiti hati sesiapa.

Oleh yang demikian, QIAM menasihatkan MCA agar jangan cuba menjadi hero dan menghasut orang Cina di negara ini, seolah-olah mereka masih lagi rakyat negara China, kecuali sememangnya mereka sengaja berbuat sedemikian.

Jika MCA mahu menjadi sebahagian parti yang sah di negara ini, MCA mesti prihatin dengan perasaan orang Melayu serta wajib mentaati undang-undang di negara ini.

Sekian.

Lt. Jen (B) Datuk Nawi Alias

Timbalan Presiden QIAM

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts