HSR DIBATALKAN KERANA KERAJAAN PN MAHU HAPUSKAN ASSETSCO – KERAJAAN SINGAPURA

609
SHARES
3.6k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Ah sudah.

Petang tadi dalam sidang Parlimen Singapura, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung telah mendedahkan sebab sebenar kenapa projek Keretapi Laju KL – Singapura (HSR) dibatalkan.

Sebab utamanya bukan kerana Malaysia mahu menyambung HSR ke KLIA. Itu hanya sebab sampingan. Sebab utama adalah kerana Malaysia mahu menghapuskan AssetsCo. 

Apa itu AssetsCo?

AssetsCo adalah syarikat usahasama dua negara yang akan terlibat dalam rekabentuk dan penyeliaan projek. Termasuklah kelulusan sebarang tender yang melibatkan projek berkenaan. 

Apa kesan jika AssetsCo dihapuskan?

Jika AssetsCo dihapuskan, maka setiap negara berhak membuat keputusan sendiri bagi tender pembinaan pakej HSR di dalam kawasan mereka.

Contohnya jika Malaysia mahu membuat tender runding terus kepada syarikat kontraktor bagi pakej HSR negara kita, maka Singapura tidak akan dapat menolak kerana tiada kuasa sepertimana yang wujud dalam persefahaman AssetsCo. 

90 peratus HSR adalah dalam Malaysia. Oleh itu anggaran kos projek bagi negara kita sahaja adalah sekitar RM60 bilion. 

Perkara ini tidak dipersetujui Singapura atas kebimbangan daripada segi pematuhan spesifikasi dan ketelusan proses perolehan. Bagi Singapura, disebabkan kedua-dua negara tiada kepakaran dalam teknologi pembinaan HSR, maka tender terbuka peringkat antarabangsa hendaklah dilakukan. 

Kegagalan kedua-dua pihak untuk bersetuju dalam hal inilah yang akhirnya menyebabkan projek HSR terbatal.

Soalnya, kenapa isu ini tidak pernah diperjelaskan kerajaan kita?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts