ADAKAH KES AKAN MENCECAH ANGKA 7000?

3.6k
SHARES
21k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Darurat sudah umum. Parlimen sudah gantung. Masjid dan surau sudah tutup. Tetapi kes jangkitan dan kematian terus meningkat.

11 hari sudah berlalu. PKP dilanjut seminggu lagi hingga 4 Febuari. Ada doktor meramalkan kes boleh meningkat sampai 7000. Berat ni.

Pendedahan Tan Sri Noor Hisham Abdullah menimbulkan tanda tanya. Sejak 6 Januari, sejumlah 350 kluster baru telah dilaporkan. 225 kluster atau 64.3 peratus adalah berkaitan kluster tempat kerja.

Kluster perkilangan paling tinggi iaitu 80 kluster. Pembinaan 53 kluster. Perkhidmatan 31 kluster. Kenapa dalam PKP sektor perkilangan dan pembinaan dibenarkan beroperasi? Itu ‘lubuk’ jangkitan.

Peniaga pasar malam pula tidak dibenarkan beroperasi. Mereka terjejas teruk. Kalau prihatin berilah bantuan khas PKP RM1000 kepada setiap keluarga yang layak. Moratorium automatik tidak diberi juga.

Apakah kebimbangan TS Hisham itu bukti beliau tidak berpuas hati cara Muhyiddin laksana PKP? Adakah KKM minta ‘darurat kesihatan’ tetapi dapat ‘darurat politik’? 

Apa guna PKP 2.0 disambung setiap minggu kalau PKP tidak ada hala tuju. Tidak tegas, main pilih-pilih pula. Adakah itu sahaja cara yang kerajaan ada? 

Kalau “PKP longgar” dilanjutkan setiap minggu, bukan sahaja ekonomi jahanam, hidup rakyat juga akan jahanam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts