BOCOR MAKLUMAT KERAJAAN: DAHULU DIGELAR PEJUANG, KINI DIGELAR MUSUH DALAM SELIMUT

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam agar semua penjawat awam tidak sekali-kali berkongsi sebarang maklumat atau dokumen sulit kerajaan dalam media sosial.

Penjawat awam diminta mengamalkan prinsip integriti dan bersikap amanah dengan tidak berkongsi sebarang maklumat atau dokumen sulit kerajaan dalam media sosial.

Selain itu penjawat awam juga terikat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan perlu sentiasa bertanggungjawab menyimpan rahsia sulit kerajaan serta mengambil langkah berjaga-jaga dalam pengurusan dan pengendalian dokumen-dokumen.

Kenyataan beliau turut mendapat perhatian Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata penjawat awam harus sedar bahawa tindakan membocorkan maklumat rahsia kerajaan menerusi aplikasi Whatsapp, Facebook dan platform media sosial lain bermakna mereka telah melanggar integriti penjawat awam dan sumpah simpan rahsia.

“Apakah tujuan sebenar penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan? Adakah kerana suka-suka, mahu menjadi popular… tahukah mereka bahawa tindakan tidak bertanggungjawab ini akan memberi implikasi terhadap kerajaan dan negara?”

“Penjawat awam harus mentaati ikrar dan bertanggungjawab menjaga rahsia kerajaan mengikut Surat Pekeliling Am dan Arahan Keselamatan Kerajaan.”

Jika sebelum Pakatan Harapan menjadi kerajaan, sebarang tularan surat ataupun dokumen rahsia kerajaan dikatakan sebagai pejuang yang inginkan ketelusan dan berniat baik untuk mengelakkan salahlaku dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, namun kini ‘pejuang’ ini digelar sebagai ‘musuh dalam selimut’.

Musuh dalam selimut yang sebenar ialah mereka yang membocorkan maklumat rahsia perisikan kerajaan dan juga mendapatkan bantuan asing untuk menjatuhkan kerajaan yang boleh dikasifikasikan sebagai pengkhianatan kepada negara.

Sampai bila kita hendak bersikap double standard di mana setiap perkara yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Harapan sentiasa suci dan benar manakala apa sahaja yang melibatkan penyokong Barisan Nasional dikatakan sentiasa kotor dan salah?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts