WIRA PUTRA GESA PARLIMEN SEGERA BERSIDANG TENTUKAN KEABSAHAN PM SELEPAS TERIMA VAKSIN

375
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN WIRA PUTRA MALAYSIA

17 Februari 2021 | 5 Rejab 1442H

1. Wira PUTRA sangat gembira dengan keputusan kerajaan untuk mendahulukan Ahli Parlimen dan DUN untuk menjadi barisan pertama sebagai penerima vaksin Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Ini kerana mereka adalah golongan utama yang wajib bersama mendepani segala cabaran dalam segenap sudut menyelesai masalah rakyat yang terkesan akibat bencana wabak ini.

2. Maka selepas ini tiada lagi alasan yang tidak membolehkan Ahli Parlimen bersidang bagi membincangkan pelbagai perkara pokok seperti kebajikan rakyat dan ekonomi negara. Paling penting adalah penentuan keabsahan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Seperti telah dilaporkan beliau telahpun hilang majoriti dan wajib untuk menunjukkan bukti jika kenyataan tersebut tidak benar dengan mendapatkan jumlah sokongan majoriti Ahli Parlimen yang menyokomgnya sebagai Perdana Menteri.

3. Wira PUTRA gesa Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk segerakan usul undi percaya kepada Perdana Menteri. Cukuplah menghina mandat rakyat dengan meletakkan pemimpin yang tidak layak memimpin negara. Jika memang tiada majoriti elok berundur dan gantikan dengan pemimpin yang lebih berkelayakan dan mempunyai sokongan kerjasama pasukan yang utuh bagi menstabilkan politik negara.

4. Di kala negara perlukan pemimpin bagi menambah baik ekonomi dan kebajikan rakyat, Wira PUTRA bantah tindakan pemimpin yang hanya galak berpolitik dan menjaga kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat dan negara.

Sekian.

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts