ROMPAK BAYARAN BALIK GST, KHAIRY LAPOR POLIS DAN SPRM

82
SHARES
263
VIEWS

Anggota Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘merompak’ bayaran balik Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST).

Khairy berkata demikian kerana Lim mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Lim membuat dakwaan tersebut ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat dua hari lepas yang dibangkitkan kembali semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM18 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST dan akan mengadakan inkuiri dalaman untuk menyiasat perkara tersebut.

Khairy pula berpendapat siasatan dalaman seperti yang dicadangkan Lim tidak memadai untuk dakwaan serius seumpama itu dan beliau membuat keputusan untuk membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) demi kepentingan awam.

“Memandangkan Lim tidak menaruh minat terhadap apa-apa (siasatan) pada masa ini melainkan inkuiri dalaman, saya mahu membawa perkara ini bagi kepentingan awam.”

“Hari ini dan esok, saya akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas pegawai tinggi Kementerian Kewangan ketika dakwaan itu berlaku. Ia bagi membolehkan siasatan terbuka dibuat untuk memastikan kebenaran pendedahan Lim.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts