LIM KATA: KERAJAAN BN ROMPAK BAYARAN BALIK GST

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat dua hari lepas, Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘merompak’ bayaran balik Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Semalam perkara tersebut dibangkitkan kembali oleh Lim di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM18 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST.

Sehubungan itu beliau akan mengadakan inkuiri dalaman untuk menyiasat perkara tersebut yang sepatutnya dilakukan oleh beliau lebih awal ketika mula dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Namun apabila terlalu sibuk dengan ‘menyiasat’ kes 1MDB dan setelah hampir tiga bulan berlalu, beliau masih gagal ‘menyelesaikan kes 1MDB dalam masa 100 hari’ seperti yang dijanjikan sebelum ini. Sepatutnya beliau tidak perlu terlalu taksub dengan kes 1MDB sehinggakan meninggalkan tugas-tugas hakikinya di Kementerian Kewangan.

Lim sendiri memberikan kepastian untuk ‘bergerak ke depan’ selepas kes 1MDB selesai.

Namun nampaknya kes 1MDB pasti tidak akan mampu diselesaikan dalam masa 100 hari kerana sehingga kini masih tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Adakah Lim akan meneruskan ketaksubannya menyiasat kes 1MDB sehingga selesai berbanding akan  mula menumpukan perhatiannya melaksanakan tugas-tugas seorang Menteri di Kementerian Kewangan?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts