DUA BEKAS ADUN DAP SERTAI BERSATU, GERAKAN AKUI TIDAK TAHU MENAHU

389
SHARES
2.3k
VIEWS

1. Cubaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menguatkan partinya semakin terserlah walaupun dalam suasana darurat dan ancaman pandemik Covid-19 masih tidak dapat dikawal sempurna. Di sebalik titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang meminta semua ahli politik agar hentikan politiking tetapi kelihatannya parti yang memerintah sendiri tidak mentaati titah baginda.

2. Sebelum ini Perikatan Nasional juga dilihat tidak mentaati titah baginda yang telah memperkenan sidang Parlimen diadakan ketika darurat, sebaliknya bertegas tiada sidang Parlimen sehingga 1 Ogos depan.

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/21885/

3. Terkini Bersatu Perak mengesahkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu iaitu ADUN Buntong, S. Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong, yang sebelum ini terpalit isu merogol pembantu rumahnya, telah menyertai Bersatu. 

4. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin selepas berita mengenai penyertaan dua bekas wakil rakyat DAP itu tular di media sosial. Beliau mengesahkan borang menyertai parti tersebut telah diterima pada Disember 2020 melibatkan YB Paul Yong di Bahagian Batu Gajah dan YB Sivasubramaniam di Bahagian Ipoh Barat. 

5. Sebagai rekod, Sivasubramaniam pada 26 Jun tahun lepas telah menyertai Gerakan dan ketika ini parti tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Perkara ini tentunya menjadi tamparan hebat buat Gerakan yang baru sahaja menyertai Perikatan Nasional pada 10 Februari lepas – kerana Sivasubramaniam merupakan satu-satunya wakil rakyat yang mereka yang ada

6. Dalam berita berkaitan, parti PUTRA turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan Ahli Parlimen Sekijang Hajah Natrah Ismail disogok RM10 juta dan tawaran jawatan sekiranya menyokong YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Rujuk pautan;

https://editormalaysia.com/21958

7. Justeru Pejabat Perdana Menteri (PMO) wajar meneliti perkara ini dan menyaman YB Hajah Natrah Ismail atas dakwaan yang boleh mencemar nama dan kredibiliti YAB Perdana Menteri sekiranya dakwaan tersebut tidak benar – sama seperti tindakan yang diambil ke atas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi sebelum ini dengan jumlah saman RM10 juta.

8. Ironinya jumlah saman terhadap Puad tersebut sama jumlahnya dengan dakwaan sogokan terhadap YB Natrah namun diharapkan kali ini PMO tidak berlengah membersihkan nama Perdana Menteri, tidak seperti tuduhan terhadap syarikat yang dikaitkan dengan  menantu beliau yang sehingga kini masih tiada sebarang penafian dibuat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts