• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 4, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KENYATAAN “PARLIMEN TIDAK BERSIDANG SEHINGGA OGOS” BERTENTANGAN TITAH YDP AGONG?

Di mana bukti "sains dan data" menunjukkan Parlimen tidak selamat atau berisiko dibuka?

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
March 3, 2021
in Laporan, Utama
0
KENYATAAN “PARLIMEN TIDAK BERSIDANG SEHINGGA OGOS” BERTENTANGAN TITAH YDP AGONG?
25
SHARES
280
VIEWS

Alasan Kerajaan Perikatan Nasional melalui Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagi menangguhkan sidang Parlimen hingga 1 Ogos depan telah menimbulkan persoalan kerana  selain Ahli Parlimen merupakan antara penerima vaksin Covid-19 di fasa pertama, ia juga dilihat bertentangan dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Alasan penangguhan yang Takiyuddin berikan ialah kerana sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen merupakan kumpulan berisiko dijangkiti Covid-19 dan juga bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan COVID-19.

Alasan ini selain lambat dikeluarkan sebagai respons kepada titah baginda, ia juga telah menimbulkan beberapa persoalan iaitu;

1. Adakah kenyataan kerajaan  ini bertentangan dengan kenyataan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini yang telah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang ketika darurat?

Istana Negara menjelaskan isu salah faham bahawa Parlimen tidak boleh bersidang ketika darurat dengan kenyataan jelas dan mudah difahami iaitu; “…tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat”. 

2. Maka bukankah kenyataan Takiyuddin iaitu,  “Kerajaan menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya tidak melaksanakan persidangan Parlimen ketika tempoh darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan” ini  tidak tepat seperti dinyatakan lebih awal oleh pihak Istana? 

3. Adakah kenyataan kerajaan ini boleh dikatakan sebagai menderhaka titah Baginda yang menzahirkan pandangan untuk membenarkan Parlimen bersidang?

Walaupun ia adalah “atas nasihat Perdana Menteri” tetapi baginda dengan jelas dan tegas telah memberi kenyataan bahawa proklamasi darurat tidak menghalang Sidang Parlimen. Jika Menteri Undang-undang dan kerajaan Perikatan Nasional tidak bersetuju kenyataan ini mereka perlu merujuk dan menjelaskan kepada pihak Istana Negara terlebih dahulu.

4. Selain itu kenapa hampir seluruh industri, kilang-kilang, pasaraya dan pasar malam dibuka termasuklah sesi persekolahan juga telah dimulakan sedangkan ia jauh lebih berisiko berbanding Parlimen?

Tentulah disiplin Ahli Parlimen dalam menjaga SOP adalah lebih baik daripada pematuhan kanak-kanak sekolah rendah dan logik ini tidak perlupun merujuk kepada “sains dan data” seperti dinyatakan Takiyuddin. 

5. Timbul juga keraguan apa tujuan vaksin diberikan lebih awal kepada Ahli Parlimen jika akhirnya mereka tidak boleh juga ke Parlimen menunaikan hak mereka kepada rakyat?

6. Bukankah vaksin dicipta sebagai asbab melindungi penggunanya seperti tujuan asal ia diberikan iaitu untuk menghalang jangkitan dan mencipta ‘herd community‘?

Malah tindakan ‘menidakkan’ keupayaan vaksin ini akan membuatkan segelintir rakyat yang masih ragu-ragu dengan vaksin ini akan bertambah risau. Apatah lagi kerajaan sepatutnya lebih cerdik mengeluarkan kenyataan agar kumpulan ‘antivax’ tidak akan mengambil kesempatan atas isu ini kelak.

7. Adakah kerajaan gagal memikirkan cara yang lebih baik selain ‘menggantung Parlimen’ dan menghalang wakil kepada rakyat menyuarakan apa kebimbangan rakyat yang diwakili oleh mereka ketika ini?

Terutamanya mengenai isu vaksin, ekonomi, pengangguran meningkat, kegagalan kerajaan menguruskan pandemik serta sering ‘flip-flop‘ membuat keputusan yang menyusahkan rakyat seluruhnya. 

8. Jika kerajaan risau 222 Ahli Parlimen akan hadir secara serentak, bukankah kerajaan boleh menetapkan jumlah tertentu bagi blok kerajaan dan pembangkang ataupun membuat pembahagian sesi?

Terpulang bagi mereka untuk menentukan siapakah Ahli Parlimen yang akan hadir mewakili parti masing-masing, contohnya 50 Ahli Parlimen bagi setiap sidang atau sesi dan selebihnya hadir secara maya.

9. Jika alasan penangguhan Parlimen adalah kerana faktor “perundangan, sains dan data” maka di manakah bukti sains dan data yang menunjukkan Parlimen lebih merbahaya dan berisiko?

Jika mahu dibandingkan dengan kebenaran masuk pelawat asing, kebenaran operasi kebanyakan industri, pasar malam, kilang-kilang, termasuklah pembukaan sekolah dan pawagam seluruh negara. 

10. Justeru “sains dan data” apa Perikatan Nasional gunakan dan di manakah buktinya?

Kerajaan juga tidak perlu risau mengenai undi percaya ke atas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dua Ahli Parlimen PKR baru sahaja melompat dan mengukuhkan Perikatan Nasional, tanpa perlu ditangguhkan sehingga lima bulan lagi iaitu pada bulan Ogos.

Semoga Perdana Menteri dan kerajaan tidak mengambil tindakan menyaman rakyat atau mana-mana individu selepas ini apabila mereka menggunakan hak yang sah di sisi Perlembagaan untuk mempersoal tindakan yang dilihat bertentangan dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Tags: DaruratParlimenTakiyuddinYDP Agong
Previous Post

JANGAN ‘MANDULKAN’ AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN

Next Post

KU LI ULANGI GESAAN AHLI PARLIMEN UMNO KELUAR PERIKATAN NASIONAL

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

NARATIF KERAJAAN BAKAL BERTUKAR SEMAKIN MENYUKARKAN RAKYAT

NARATIF KERAJAAN BAKAL BERTUKAR SEMAKIN MENYUKARKAN RAKYAT

May 29, 2023
KEWAJIPAN MENTAATI ULIL AMRI – DR. RAMALAN YUNUS

KEWAJIPAN MENTAATI ULIL AMRI – DR. RAMALAN YUNUS

May 27, 2023
UNDI KERAJAAN PERPADUAN: BIMBANG DISALAH TAFSIR, TIMBUL PERSEPSI NEGATIF

UNDI KERAJAAN PERPADUAN: BIMBANG DISALAH TAFSIR, TIMBUL PERSEPSI NEGATIF

May 23, 2023
YDP AGONG TERUS PERKUKUH HUBUNGAN MALAYSIA-UAE

YDP AGONG TERUS PERKUKUH HUBUNGAN MALAYSIA-UAE

May 21, 2023
“HADI, PAS DULU MINTA AHLI SOKONG DAP UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN” – AHLI UMNO

“HADI, PAS DULU MINTA AHLI SOKONG DAP UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN” – AHLI UMNO

May 21, 2023
ANWAR DAN ZAHID – DR. RAMALAN YUNUS 

ANWAR DAN ZAHID – DR. RAMALAN YUNUS 

May 21, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In