DAP ‘PERASAN’ MAHU BEKERJASAMA DENGAN UMNO

135
SHARES
436
VIEWS

Kenyataan Lim Guan Eng yang tersiar di media kononnya tidak akan bekerja sama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 kecuali dalam hal melibatkan rakyat, hanya mengundang sindiran bekas bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

UMNO tidak pernah berhasrat berpakat dengan DAP pun. Biarpun PPBM dan PAS pernah berbuat demikian. Tidak payah cari dalil atau alasan untuk berbuat demikian.” 

Biarkan UMNO terus memegang rekod sebagai satu-satunya parti orang Melayu yang tidak pernah kerjasama dengan parti itu. Kalau ada yang kata politik itu dinamik dan serba kemungkinan, carilah sebarang kemungkinan lain untuk tidak bersamanya.” 

Biarkan DAP hidup dalam kenangan mereka sendiri kerana pernah sayang-menyayang dengan Tun M dan pemimpin PPBM yang diseranahnya dulu. Atau dengan PAS yang selalu dimomokkannya.”

Hakikatnya UMNO tidak pernah berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP apatah lagi isu pokok yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti ini amatlah bertentangan. Contohnya dalam isu UMNO memperjuangkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) Tabung Haji dan RCI kes pembunuhan arwah Adib, isu komunis dan pengganas LTTE yang tidak mungkin mencapai persefahaman antara keduanya. 

Serta yang terkini mengenai isu kalimah Allah, pasti DAP sampai bila-bila tidak akan dapat bersetuju dengan UMNO, malah apa yang tidak pernah difitnah dan ditohmah oleh DAP terhadap UMNO selama ini demi menumbangkan kerajaan? 

Banyak lagi isu lain melibatkan Melayu dan Islam termasuk sejarah negara dan Perlembagaan yang tidak mungkin dikompromi oleh UMNO jika DAP menanam hasrat kononnya “boleh bersama dalam isu melibatkan rakyat” kerana parti inilah yang memerintah bersama Pakatan Harapan selama 22 bulan secara rakus cuba memusnah dasar-dasar dan nilai sedia ada yang selama ini dibina oleh UMNO dan Barisan Nasional. 

Justeru usaha DAP ‘memancing’ undi kaum Melayu di negara ini tidak lagi berhasil. Jika dahulu mereka memperguna PAS dan kemudiannya Tun Mahathir dan Bersatu untuk memecahkan undi Melayu, sekaligus meraih kekuatan yang akhirnya berjaya menjadi kerajaan.

Tetapi tidak mungkin dengan UMNO yang sehingga kini menjadi parti berteraskan Melayu Islam tunggal di negara ini yang tidak bekerjasama dengan DAP. Mungkin dengan Perikatan Nasional lebih mudah DAP menghulurkan tangan kemesraan kerana parti utama di dalamnya pernah bersama menjalin persahabatan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts