ISU KALIMAH ALLAH, NAJIB JUGA CUBA DISALAHKAN

406
SHARES
2.4k
VIEWS

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Pelik sangat kalau tiba-tiba salahkan Datuk Seri Najib apabila Mahkamah Tinggi semalam putuskan bahawa Kristian berhak guna kalimah Allah dalam penerbitan mereka. 

Alasannya adalah Hakim Mahkamah Tinggi bangkitkan isu “10 Point Solutions” yang dicadangkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 2011. Masalahnya hakim bukan kata itu puncanya beliau buat penghakiman yang menyebelahi pihak Kristian. Hakim cuma kata kalau kerajaan pada ketika itu mengikuti komitmen mereka, maka kes ini tidak perlu perbicaraanpun. 

Soalan seterusnya, kenapa kerajaan ‘mungkir janji’ pada ketika itu? Jawapannya kerana keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013 dan Mahkamah Persekutuan pada 2015. 

Dalam penghakiman tahun 2013, kes KDN vs Titular Roman Archbishop, Mahkamah Rayuan telah memberikan penghakiman yang sangat indah dan memurnikan Perlembagaan negara. 

YAA Abd Aziz dalam penghakimannya mengatakan bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan sebenarnya bukan pengisytiharan biasa. Sebaliknya meletakkan kewajipan kepada kerajaan Persekutuan bagi mempertahan, memelihara dan menyebarkan Islam serta membantu dan menggalakkan rakyat bagi menjalani cara hidup Islam.

YAA Tan Sri Apandi Ali yang mengetuai panel 3 hakim ketika itu pula memberikan definisi Perkara 3(1) dengan mengatakan bahawa walaupun agama lain bebas diamalkan, tetapi frasa tersebut memberi maksud bahawa kebebasan agama lain menjadi terhad apabila bertembung dengan kepentingan Islam.

Ini sebenarnya jasa yang sangat besar oleh para hakim pada ketika itu. Kedudukan Islam akhirnya benar-benar diangkat sebagai agama Persekutuan sepertimana terkandung di dalam Perlembagaan berbanding kefahaman biasa selama ini bahawa Islam hanyalah agama rasmi.

Kesannya hakim-hakim ini terutama TS Apandi Ali (selepas menjadi Peguam Negara) menjadi sasaran pembunuhan karakter oleh segelintir ahli politik Pakatan Harapan dan golongan liberal termasuklah Tommy Thomas.

Keputusan Mahkamah Rayuan ini kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan 2 tahun selepasnya dengan keputusan 4-3.

Antara yang menolak permohonan Gereja ketika itu adalah Tun Raus dan Tan Sri Zulkifli. Yang sokong permohonan gereja pada ketika itu adalah antaranya Tan Sri Richard Malanjum. 

Apa yang berlaku selepas itu? Selepas Pakatan Harapan menang, kedua-dua mereka iaitu Tun Raus (ketika itu Ketua Hakim Negara) dan TS Zulkifli (ketika itu Presiden Mahkamah Rayuan) telah ditekan oleh sebahagian ahli politik untuk meletak jawatan.

Kedua-dua mereka akhirnya meletakkan jawatan kira-kira sebulan selepas Pakatan Harapan menang. TS Apandi (ketika itu Peguam Negara) juga menerima nasib yang sama.

Yang naik sebagai Peguam Negara selepas itu adalah Tommy Thomas dan TS Richard pula dilantik Ketua Hakim Negara. 

Itulah harga yang para pengamal undang-undang negara ini terpaksa terima selepas mempertahankan akidah kita semua. 

Jadi punca DS Najib tidak ikut 10 Point Solutions tu bukan sebab dia mungkir janji. Tetapi sebab cadangan itu telah bertentangan secara prinsip dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan Persekutuan pada ketika itu. 

Sudah tidak ada kerja sangat ke semua benda hendak salahkan Najib?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts