APA PERKEMBANGAN SIASATAN KES KELUARGA ZETI TERIMA RATUSAN JUTA DARI JHO LOW?

479
SHARES
2.8k
VIEWS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyoal pihak  berkuasa dan kerajaan mengenai perkembangan siasatan kes yang melibatkan bekas Gabernor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz. Beliau juga berkata Zeti wajar meletakkan jawatan kerana melibatkan isu integriti beliau yang selama ini dihormati.

Apa jadi pada kes Zeti? Mohon jangan lambat umum hasil siasatan. Secara moral Zeti patut letak jawatan sebagai Pengerusi PNB.”

Ini membabitkan soal integriti, ketelusan dan kebolehpercayaan kepada institusi kerajaan. Ia menarik perhatian beberapa agensi berita antarabangsa seperti Asia Nekkei dan Reuters.”

Puad turut bertanya perkembangan kes itu kerana suami dan anak Zeti yang menerima wang tersebut daripada Jho Low telahpun menandatangani akuan bersumpah yang sebelum ini telahpun disahkan tulen oleh peguamnya sendiri dan polis Singapura turut membuat siasatan terhadap syarikat tersebut. 

Suami Zeti dan dua anaknya dituduh terima hampir RM700 juta daripada Jho Low. Polis Singapura telah membuat siasatan. Manakala akuan bersumpah yang ditandatangani oleh suami Zeti disahkan tulen.” 

Polis Singapura juga telah serah laporan itu kepada Bank Negara Malaysia di mana ketika itu Zeti masih lagi Gabenor BNM.”

Puad yang sebelum ini telah disaman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM10 juta dalam isu kuarantin wajib turut mempersoal sama ada adakah BNM telah menyerahkan dokumen berkaitan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau wujud cubaan untuk menyembunyikan bahan bukti yang sepatutnya diserahkan bagi membantu siasatan. 

Persoalannya, adakah BNM serah laporan itu kepada PDRM dan SPRM untuk tindakan selanjutnya? Atau terperap terus di BNM?” 

Kalau tidak diserah kepada PDRM dan SPRM adakah itu boleh dianggap salah guna kuasa? Adakah ada percubaan untuk sembunyi bahan bukti?

Semoga pihak PDRM tidak meninggalkan aspek penting ini di dalam siasatan mereka. Siasatan mesti menyeluruh. Pulihkan kebolehpercayaan.

Zeti perlu membersihkan namanya kerana kes ini melibatkan individu yang paling dikehendaki oleh kerajaan Malaysia kerana bakal menjadi saksi dalam pelbagai kes mahkamah. Atau setidak-tidaknya selaku seorang Islam, Zeti boleh bersumpah tidak terlibat langsung dengan Jho Low serta syarikat keluarganya kerana kes ini turut melibatkan individu penting negara yang kini sedang dituduh di mahkamah.

Sekurang-kurangnya Zeti perlu membiarkan keadilan ditegakkan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak jika tidak mahu keadilan ditegakkan untuk dirinya sendiri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts