APA MOHAMMAD HASSAN KATA TENTANG MUSUH DALAM UMNO?

406
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Pedas betul teguran Tok Mat terhadap “pemimpin yang berpura-pura mendukung UMNO tetapi jiwa mereka sebenarnya telah dibeli dengan murah sekali”.

Tegas Tok Mat lagi, “mereka ini masih perlukan UMNO untuk bernaung, tetapi cinta dan hati mereka sudah kepada orang lain”.

Tepat sekali ayat Tok Mat ini, “Mereka telah digelapkan dengan kesenangan yang bersifat kebendaan. Pada mereka, UMNO tidak lebih dari sekadar tunggangan. Bila kuat, mereka dekat. Bila lemah, mereka mengalah”.

Cadangan Tok Mat ini saya sokong, “UMNO ini bukan dayus. Sesiapa yang curang dan khianat, wajar ditinggalkan selama-lamanya”.

Pada saya bukan ‘ditinggalkan’ tetapi ‘sila meninggal’. 

Tetapi siapakah mereka? Pasti ahli UMNO sudah mengenali mereka. “Mereka musuh dalam UMNO” kata Tok Mat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts