UMNO PERLU BERSEDIA HADAPI PILIHAN RAYA PADA BILA-BILA MASA

512
SHARES
1.7k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Saya telah ditanya oleh wartawan berkenaan kenyataan seorang pemimpin penyokong kerajaan PN bahawa pilihan raya adalah lambat lagi dan bukannya tahun ini.

Komen saya ialah kali ini buat pertama kali dalam sejarah, UMNO dan BN akan menghadapi pilihan raya dengan Perdana Menteri yang bukan daripada UMNO yang menentukan tarikh pilihan raya.

Oleh itu kita (UMNO) tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan sama ada esok, bulan depan, tahun ini atau tahun 2023.

Sebab itu kita perlu bersedia dan bersiap siaga untuk pilihan raya pada bila-bila masa sahaja dan tidak boleh hanya menunggu Parlimen dibubar baru hendak memanas badan.

Dan sebelum ini Perdana Menteri Muhyiddin juga yang kata bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja darurat tamat.

Dan dia juga kata sebelum ini bahawa darurat akan tamat pada 1 Ogos 2021.

Dan kini hampir semua sektor ekonomi dan sosial telah dibuka sehingga seolah tidak ada daruratpun.

Dan Muhyiddin juga kata kini tiada lagi perlaksanaan PKP secara menyeluruh.

Maka secara betul dan logiknya pilihan raya sepatutnya perlu diadakan pada tahun ini.

Oleh itu apa rasionalnya jika kerajaan PN dan Perdana Menteri Muhyiddin mahu melanjutkan darurat dan menangguhkan pilihan raya lagi?

Rasional yang tinggal tentulah hanya kerana mereka ingin menyelamatkan tengkuk mereka dan mereka tahu jika pilihan raya diadakan tahun ini mereka akan ruyup.

Dan keputusan untuk membubarkan Parlimen kini bukanlah 100 peratus terletak di tangan Perdana Menteri kerana dalam tempoh darurat SPB YDP Agong yang berkuasa dan baginda boleh membubarkan Parlimen tanpa nasihat Perdana Menteri.

Oleh itu jika UMNO menarik diri secara en-bloc dari menyokong Muhyiddin (atau jika hanya separuh daripada Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik diri), ini sudah cukup untuk menggambarkan kepada baginda bahawa Muhyiddin secara terang-terangan dan jelas tidak ada lagi sokongan majoriti dan keabsahan sebagai Perdana Menteri.

Jika ini berlaku baginda mempunyai pilihan untuk memanggil semula Ahli-ahli Parlimen menghadap dan mempertimbangkan untuk membubarkan Parlimen atau menukar Perdana Menteri.

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/943250073097184/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts