PAS AKAN MERAMPAS KEMBALI HULU LANGAT

286
SHARES
924
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

3 April 2021 | 20 Syaaban 1442H

1. Semboyan PRU-15 tidak boleh dinafikan lagi bagi seluruh rakyat Malaysia termasuklah di negeri Selangor.

2. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bertekad pada PRU kali ini akan menterjemahkan kerunsingan rakyat betapa ketakutan 22 bulan ditadbir oleh Kerajaan PH tidak akan berulang dengan memastikan Parlimen yang dimenangi PH akan dirampas semula kepada PAS.

3. Antara Parlimen sasaran yang pastinya di dalam senarai Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor untuk dirampas kembali adalah di Parlimen Hulu Langat. Dengan majoriti 68 peratus pengundi Melayu di Parlimen ini, tidakkah kita sedar kejayaan DAP menyelinap masuk terhadap kerusi majoriti Melayu Islam, ditambah pula menggunakan agen-agen mereka daripada PAN yang cukup taat kepada DAP? Inilah azam Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor untuk menyelamatkan rakyat daripada tipu daya PH dan DAP akan terus diperkuatkan.

4. Sehingga ke hari ini, kegagalan penyandang Ahli Parlimen Hulu Langat daripada PAN dan Ahli Dewan Undangan Negeri Dusun Tua daripada DAP langsung tidak menunjukkan kesungguhan untuk membangunkan kawasan ini, di mana isu-isu setempat seperti masalah kepadatan kesesakan jalan raya, isu banjir yang tidak berkesudahan dan kemunduran yang tidak dimajukan oleh wakil rakyat ini, menyebabkan tanggungjawab kerosakan yang dibuat perlu diperbetulkan oleh seluruh rakyat Selangor dan Hulu Langat.

5. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor percaya, rakyat semakin sedar dengan helah daripada DAP dan PH untuk membawa pembaharuan itu hanyalah omongan retorik dan misi merampas kembali Parlimen ini akan turut disokong oleh rakyat dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh seluruh jentera Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

https://www.facebook.com/225685927482720/posts/4277680462283226/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts