PENJELASAN NAJIB MENGENAI FITNAH DAN PROPAGANDA PH KE ATASNYA SELAMA INI

325
SHARES
1k
VIEWS

Saya beri lagi bukti bagaimana media dan institusi kerajaan telah digunakan untuk mengenakan saya semasa rejim Gagalkrasi PM7 dahulu.

Pada tahun 2018, ramai yang bersorak dan keji saya apabila kerajaan Pakatan Harapan dan media dikawal mereka umum ratusan juta ringgit dalam bentuk cash, ribuan barangan mewah, hartanah mewah dan 27 buah kereta mewah dirampas dari saya kononnya dibeli dengan duit 1MDB.

Najib korup dan hidup mewah atas wang Rakyat dari 1MDB, kata propaganda mereka.

Namun 3 tahun kemudian, apa yang diberitahu dalam mahkamah ialah:

– Wang yang disebut RM2.6 bilion telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian selepas PRU-13

– Tiada sebarang bukti pernah diberi pendakwa raya sejak ia dirampas 3 tahun dahulu bahawa wang tunai dan barangan yang disita dari saya adalah berasal dari 1MDB. Bukti mereka cuma dua afidavit ahli polis.

Afidavit adalah seperti Akuan Bersumpah (SD) – sama seperti SD dibuat dan diserah kepada mahkamah oleh seorang pendakwa raya berbangsa India beberapa tahun dahulu bahawa seorang ahli politik Melayu pernah ada hubungan sulit dengan isterinya yang berbangsa Cina.

– Wang tunai dan barangan yang disita bukan kesemua dirampas daripada saya tetapi daripada 17 lagi responden yang tiada kaitan dengan saya.

– Wang tunai yang disita adalah RM187,750 dalam wang kertas lama (old notes), RM21,150 wang kertas baru, £320,500 wang kertas lama, £2,700 wang kertas baru, US$100, €20, S$40, 2,870,000 Sri Lankan rupees, 13,177,00 rupiah, 376 hryvnias (Ukrain), 50 francs Perancis, 10 rands Afrika Selatan, 531 riyals (Arab Saudi), and 740 pesos Filipina. (Apa? PH fikir saya beli wang kertas lama dengan duit 1MDB, ya?)

– Hartanah mewah iaitu sebuah kondominium bukan milik saya tetapi milik orang lain dan dibeli dengan duit mereka sendiri.

– 27 buah kereta mewah yang dikatakan milik saya masa itu sebenarnya adalah 27 buah kereta van jenis Nissan Urvan yang dimiliki oleh sebuah NGO untuk kerja kebajikan.

Cuba fikir.

Propaganda PH (dan diteruskan PN) ialah hampir RM3 bilion pernah masuk dalam akaun saya – iaitu RM2.6 bilion yang dipulangkan, RM642 juta yang dibayar terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada akaun saya dan RM42 juta wang SRC yang dimasukkan tanpa arahan dan pengetahuan saya.

Tetapi selama 3 tahun, cuma satu bukti pernah dikeluarkan dalam mahkamah bahawa saya gunakan duit tersebut untuk membeli barang untuk peribadi – iaitu jam tangan untuk isteri saya.

Tiada sebarang benda lain untuk peribadi saya atau anak-anak saya.

Itupun tidak mengambil kira bahawa RM642 juta yang diterima dari Raja Abdullah itu sebenarnya boleh digunakan oleh saya sebagaimana saya mahu (seperti US$100 juta diberi Raja Abdullah kepada Raja Sepanyol yang beliau simpan untuk kepentingan peribadi serta diberi kepada kekasihnya).

Selain satu jam tangan di Hawai dan itupun setelah saya tolak untuk raikan harijadi isteri saya sebab rebut nak pulang ke Malaysia untuk pantau banjir besar tahun 2014 setelah selesai main golf dengan Presiden USA, saya tidak gunakan wang tersebut untuk peribadi.

Saya juga tidak beli berlian meraih jambu seperti propaganda PH sebelum PRU-14 dan ini disahkan dalam Parlimen oleh kerajaan PH sendiri.

8 Apr 2019: Timbalan menteri sahkan isteri VVIP tidak beli berlian merah jambu” di pautan;
https://www.malaysiakini.com/news/471381

Malah, tidak seperti anak-anak PM4/PM7, PM5 dan PM8, anak-anak saya tidak memiliki apa-apa syarikat tersenarai.

Semua dana dalam akaun khusus itu digunakan untuk kerja amal dan politik termasuk membekalkan kain jubah (untuk imam, tahfiz dan termasuk semua masjid-masjid di seluruh Malaysia sebanyak lebih 7 ribu masjid, dan juga bekalan kain dan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014 – termasuk membeli TV, perkakas elektrik, membina rumah untuk mengganti kerosakan banjir.

Rujuk pautan;
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-jakel-mengenai-dakwaan-terima-wang-1mdb-210750

Saya jaga Petronas. Nilai bersih Petronas naik 3.8 kali ganda dari RM114.2 bilion ke RM432.3 bilion sebelum PRU-14.

Rizab tunai Petronas turut naik dari RM45.5 bilion ke RM174 bilion pada masa PRU-14.

Tidak pernah ada satu tohmahan yang kata saya atau anak-anak saya atau kroni dikatakan terlibat dalam projek Petronas.

Lalu hampir RM50 bilion aset Petronas dikikis PH dan PN selepas PRU-14.

Saya pengerusi Khazanah Nasional. Nilai bersih Khazanah naik 3.7 kali ganda dari RM32 bilion ke RM116 bilion sebelum PRU-14.

Tidak pernah ada satu tohmahan yang kata saya atau anak-anak saya atau kroni dikatakan terlibat dalam projek Khazanah.

Lalu dihakis dan dijual PH dan PN sehingga nilai turun ke RM80 bilion.

Saya jaga tabung KWAN yang naik 3.7 jali ganda dari RM4.3 bilion ke RM16.9 bilion sebelum PRU-14.

Satu ringgit pengeluaranpun tidak pernah dibuat saya.

Lalu dikorek oleh PN masa darurat.

Semasa saya PM, kekayaan negara naik sebanyak RM1.2 trilion ke RM2 trilion manakala hutang negara naik RM300 bilion sepanjang tempoh 9 tahun saya Perdana Menteri.

(Tetapi hutang negara naik lebih RM300 bilion dalam tempoh 3 tahun selepas PRU-14 manakala kekayaan negara menurun.)

IPP dahulu milik kroni-kroni PM4. Kita beli balik masa saya Perdana Menteri (tetapi dijual semula selepas kita diselesaikan perjanjian berat sebelah yang banyak merugikan TNB dan Petronas).

Lebuhraya PLUS milik pihak swasta. Kita beli balik dan letak 50.1 peratus bawah kerajaan dan 49.9 peratus bawah KWSP supaya rakyat boleh mendapatkan pulangan daripada hasil tol.

Hasil daripada dasar “kroni saya rakyat”, dividen dan hibah tabung-tabung rakyat seperti KWSP, ASB, LTAT dan Tabung Haji adalah tinggi dengan konsisten sepanjang tempoh itu.

Bukan itu saja tetapi pelbagai bantuan kepada rakyat diperkenalkan dan dinaikkan tiap-tiap tahun.

Pelbagai projek-projek pembangunan serta infrastruktur seperti Pengerang, MCKIP, TRX, Bandar Malaysia, Taman Tugu, Bangunan Warisan 118, Pan Borneo Highway, sambungan LRT1/.LRT2, LRT3, MRT1, MRT2, HSR, Lebuhraya CSR bebas tol dan sebagainya dilancarkan dan dimajukan bagi rakyat dan demi pembangunan negara.

Ini dikatakan saya penyamun, penyangak dan perompak dan saya mufliskan negara ke?

Oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

Nota: Semoga Allah SWT memberikan nusrahnya (bantuan) kepada bekas Perdana Menteri keenam ini yang teruk difitnah malah yang memfitnahnya sehingga kini masih tidak berani bersumpah laknat sepertinya.

Bukan hanya melibatkan kes beliau tetapi pemfitnahnya sendiri takut untuk bersumpah atas isu yang melibatkan mereka sendiri seperti satu keluarga terlibat menerima duit Jho Low, terlibat isu semburit, terlibat isu skandal dengan isteri seorang penjawat awam dan membayar RM5 juta kepada wanita Cina tersebut, isu liwat, isu pelbagai lagi termasuk skandal Forex, Perwaja Steel dan lain-lain yang semuanya masih tidak berani bersumpah laknat (bahawa mereka tidak terlibat) kecuali Najib.

Justeru jika ada mana-mana pihak ingin menuduh selepas ini dengan ‘bukti’ kononnya Najib bersalah maka jalan mudah mohon sahaja beliau bersumpah laknat terlebih dahulu (laknat ke atas dirinya sendiri dan keluarga) bahawa beliau pasti Najib bersalah dan jika tidak maka laknatlah ke atas dirinya dan keluarga. Selepas itu minta beliau menjadi saksi bagi membantu pendakwaraya dengan mengemukakan ‘bukti-bukti’ kononnya Najib bersalah yang beliau ada. Wallahualam. – Editor Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts