SIASAT TUDUHAN HAMID BADOR, TUBUH SEGERA RCI

196
SHARES
632
VIEWS

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menggesa kerajaan menyiasat dakwaan terbuka yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menuduh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin campur tangan dalam kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai yang bermasalah.

Hamid juga membuat beberapa tuduhan lain termasuk isu ahli politik melompat parti atau kluster katak yang dikaitkan dengan rasuah. Malah sebelum ini telah tular audio rakaman perbualan Hamzah yang diakui suaranya, juga jelas menunjukkan beliau cuba menyusun atur pegawai-pegawai tinggi polis termasuklah menyebut nama Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Puad turut menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat perkara ini kerana jelas KPN sendiri telah mendedahkan campur tangannya selain turut mengatakan Hamzah sebagai ‘angkuh’. 

Hamzah Zainuddin pula tidak menafikan audio mirip suara beliau adalah tulen. Isu pokok yang perlu diselesaikan ialah tuduhan IGP dan butiran dalam audio tersebut.” 

Justeru Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. Ini kerana PDRM adalah agensi penguatkuasa paling penting dan kritikal untuk negara.” 

Ia mesti didokong kuat oleh pegawai yang profesional dan berintegriti. Barulah keadilan dan keselamatan terjamin.”

Tetapi apabila Hamid Bador tuduh SPP yang dipengerusikan Hamzah dicemari oleh unsur politik, maka kredibiliti PDRM tercemar.

Beliau turut menggesa disegerakan RCI dan Sidang Parlimen seperti yang telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

“Apa maksud Hamid Bador, “Bahaya sekarang ini. Apa yang bahaya? Segerakan RCI. Segerakan Sidang Parlimen.”

Justeru itu, dengan adanya Sidang Parlimen akan memudahkan kerajaan memberi penjelasan mengenai isu ini dan melalui RCI pula tiada siapa yang akan terlepas untuk disiasat jika bersalah.

Cuma jika sehingga kini RCI Tabung Haji dan arwah Adibpun masih tidak mahu dilaksana, isu yang Hamid timbulkan ini juga mungkin hanya dilaksanakan jika kerajaannya bertukar. Selagi ia masih diperintah oleh Perikatan Nasional yang tidakpun mahu undo apa yang Pakatan Harapan lakukan, selagi itulah apapun RCI atau siasatan tidak akan dilakukan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts