UMNO SUDAH BERUSIA 75 TAHUN, KENAPA BELUM ‘MATI’ LAGI?

205
SHARES
662
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi 

Hari ini UMNO menyambut Jubli Intan kerana genap berusia 75 tahun. Satu usia yang panjang.

Tun Mahathir lebih tua daripada UMNO. UMNO hampir sebaya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi Bossku lebih muda daripada UMNO.

Apapun, manusia tidak kira muda atau tua dia akan mati jika ajalnya sampai. Dia akan masuk kubur dan ditalqinkan.

Tetapi nyawa UMNO tidak sama dengan nyawa manusia. Nyawa UMNO bergantung kepada perjuangannya.

Jika majoriti ahli dan pemimpinnya istiqamah dengan perjuangan UMNO, parti kekal hidup dan disokong rakyat. 

Jika perjuangan itu masih wujud, In sha Allah UMNO akan lebih tua daripada umur Tun Mahathir sekarang.

UMNO tidak akan mati kerana faktor lain. Buatlah apa sahaja. Perjuangannya adalah nyawanya. Kalau yang berjuang jadi minoriti, UMNO akan mati.

Sebab itu apabila UMNO diharamkan, ia tidak mati. Apabila UMNO terbelah dua (team A dan team B), UMNO tidak mati. Hatta bila UMNO hilang kuasa ia juga tidak mati.

Lihat sahaja PPBM 1.0. Dalam tempoh 22 bulan jadi PEJUANG. Hanya 4 Ahli Parlimen bersamanya. 

Bagaimana PPBM 2.0 di bawah Muhyiddin? Bila ia hilang kuasa di Johor, Melaka, Perak, Kedah ia hanya bergantung kepada kuasa di pusat. 

Ia tidak sempat membina grassroot. Ia bukan parti yang lahir kerana perjuangan. Ia bukan parti perjuangan. Sebab itu ia ‘tadah’ katak yang melompat masuk.

Penulis merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Ketua Pengarah JASA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts