SEGERA LAKSANA FULL LOCKDOWN, JANGAN BERLENGAH BERI BANTUAN KEPADA RAKYAT

362
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

7,269 kes. R-Naught pula 1.2. Kalau kadar ini kekal, angka 10 ribu kes sehari menjelang akhir bulan ini bukan lagi mustahil.

Saya tidak fikir sistem kesihatan kita ketika itu boleh tampung apa yang akan berlaku. Buatlah total lockdown. Betul, tidak ada orang suka pergerakannya disekat. Tetapi dahulu rakyat boleh taat arahan sebegitu kerana kita yakin hasilnya akan sempurna.

Rakyat hari ini tidak yakin dengan PKP separuh masak sebab rakyat tahu ia buang masa. Turun sekejap kemudian naik semula.

Jangan suruh rakyat self lockdown begitu sahaja. Macamana nak self lockdown kalau dapur masih perlu berasap, sewa rumah masih perlu dilunas dan ansuran kereta masih wajib dibayar?

Ini yang mewujudkan apa yang dipanggil sebagai pandemic fatigue dan civil disobedience.

Betul ekonomi kita hilang RM2.4 bilion sehari kalau buat total lockdown. Tetapi itu hanya angka konservatif dan hanya betul jika seluruh sistem ekonomi ditutup. Tetapi ketika PKP 1.0, kilang yang penting masih beroperasi, sistem pengangkutan masih berfungsi, ekonomi digital masih berkembang dan perniagaan runcit masih berjalan.

Angka RM2.4 bilion itu sangat exaggerate. Kerugian kita tidak sebesar itu.

Begitu juga alasan kerajaan dah belanja lebih RM350 bilion bagi pakej ransangan melawan kesan Covid-19. Duit sudah tidak ada. Itupun juga tidak tepat. 

Sebenarnya daripada jumlah tersebut, hanya 20 peratus sahaja merupakan suntikan tunai daripada kerajaan. Iaitu BPN, subsidi dan insentif pekerjaan. Ini adalah tunai kerajaan yang masuk ke dalam poket rakyat. Yang lain macam moratorium, pengeluaran KWSP dan sebagainya tidak ada kena mengenapun dengan kerajaan.

Secara umumnya kita cuma guna 4 peratus fiscal measure – antara peratusan yang terkecil di Asia Tenggara dalam pakej rangsangan. Sebab itu walaupun pakej kita nampak besar, tetapi kesannya kecil

Mujurlah KWSP benarkan pengeluaran automatik. Atas sebab itu kita boleh lihat tunai di pasaran bertambah pada Mac 2021 sehingga KDNK kita positif pada bulan tersebut.

Saya fikir kita tidak ada pilihan. Buat total lockdown. Kemudian beri moratorium automatik sekurang-kurangnya kepada B40 dan peniaga kecil. Jangan suruh bank beri pertimbangan. Apa guna ada kuasa darurat kalau dengan bankpun awak semua tidak boleh kawal.

Benarkan pengeluaran KWSP tetapi secara terkawal dan amaun yang lebih rendah daripada dulu. Beri insentif gaji kepada pihak swasta. Beri bantuan tunai kepada rakyat dengan segera. Buat undang-undang yang menghalang pemilik premis halau penyewa yang gagal bayar sewa ketika perintah lockdown berjalan.

Tidak guna ada darurat kalau undang-undang begini kita tidak boleh kuat kuasa. Jerman tidak ada darurat tetapi mereka boleh buat undang-undang yang sama. 

Islam mengajarkan kita bahawa memelihara nyawa (hifz an nafs) itu lebih utama daripada memelihara harta (hifz al mal)

Fikirlah panjang-panjang. Kerana jika masih banyak nyawa yang menjadi korban, maka tanggungjawabnya ada pada tangan tuan-tuan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts