MPPK DESAK KERAJAAN UNTUK LAKSANAKAN PKP PENUH

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mutakhir ini, peningkatan kes COVID-19 berlaku dengan sangat pantas dan tinggi. Sejak dua tiga hari yang lalu, kita dikejutkan dengan jumlah kes kumulatif yang sangat besar iaitu mencecah lebih 7000 kes sehari.

Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bermesyuarat sebelum ini dan telah memutuskan keputusan untuk mengetatkan SOP bagi PKP 3.0. Namun begitu Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) percaya, pelaksanaan PKP secara penuh adalah lebih baik dalam usaha untuk mengurangkan kes.

Melihat kepada situasi ini, MPPK mendesak kerajaan untuk mengenakan PKP penuh sepertimana yang pernah dilakukan pada tahun lalu.

Pelaksanaan PKP penuh ini mestilah dilaksanakan bersama dengan perkara yang berikut:

i) Larangan rentas daerah dan negeri dikekalkan sepanjang PKP Penuh dilaksanakan.

ii) Melaksanakan PKP penuh selama 14-21 hari.

iii) Menyalurkan segala bantuan yang diperlukan seperti moratorium, bantuan kewangan dan bantuan-bantuan yang bersesuaian.

iv) Mempercepat pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 kepada semua rakyat bagi mencapai imuniti kelompok.

v) Memastikan kilang-kilang yang menghadapi kes COVID-19 yang tinggi ditutup.

vi) Memastikan sektor yang penting sahaja beroperasi.

vii) Memastikan Institusi Pengajian Tinggi di seluruh negara menjadi zon bebas COVID-19.

MPPK juga berharap agar kita semua terus menjaga SOP bagi memastikan pandemik ini dapat dikurangkan dan kita dapat menangani gelombang ketiga ini dengan baik.

Semoga negara kita dibebaskan daripada pandemik ini.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts