PERMUDAHKAN VAKSINASI SEGERA – PUTRA

97
SHARES
314
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

30 Mei 2021 | 18 Syawal 1442H

1. Baru-baru ini kita dapat melihat kesukaran rakyat memohon giliran mengambil vaksin COVID-19 melalui aplikasi yang dikatakan bernilai RM70 juta sehinggakan ramai yang menyindir kerajaan Malaysia dan kementerian terbabit di media sosial sehingga trending perkataan ‘Robot’. Tidak cukup dengan itu, kita juga dapat melihat daripada gambar-gambar yang tersebar di media sosial termasuk di laman Facebook mantan Perdana Menteri Najib Razak, di mana, ramai yang menunggu giliran di luar pusat vaksinasi tanpa ada pengurusan “crowd control” yang efektif dan teratur. PUTRA khuatir pemandangan ini bakal mengundang dan mempercepatkan lagi penyebaran virus COVID-19 terutama kepada warga emas yang datang. Mereka sanggup datang bertongkat dan berkerusi roda semata-mata mahu menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai yang divaksinasi agar “herd immunity” tercapai. Jangan persia-siakan kesungguhan dan usaha mereka yang murni ini.

2. Melihat daripada situasi ini, PUTRA merasakan bahawa, pihak kerajaan tidak melakukan “homework” dengan melihat contoh-contoh negara luar menangani proses pemberian vaksin kepada rakyat. Sebagai contoh, di China, meraka berjaya memberi vaksin sehingga 500 juta ke 600 juta rakyat mereka sejak dari 27 March 2021 yang lalu (sumber: Global Times). Sepatutnya kerajaan kita seharusnya belajar daripada mereka agar proses vaksinasi ini boleh dilakukan dangan mudah dan pantas. Jangan malu untuk ‘belajar’ dengan negara lain yang telah berjaya, tukarkan ‘kiblat’ negara daripada asyik memandang India sebagai contoh negara yang hampir lumpuh kerana Covid-19, ke negara-negara yang telah ‘menang’ dalam peperangan mereka terhadap musuh yang tidak dapat dilihat ini.

3. Di samping itu, PUTRA juga melihat dengan sistem yang canggih dan mahal, sepatutnya proses pemberian vaksin ini dipermudahkan dan sepatutnya lancar, akan tetapi malangnya ia telah menyulitkan keadaan dan tidak menepati keperluan rakyat dan negara Malaysia. Hasilnya rakyat terpaksa beratur panjang di luar pusat vaksinasi dan menambah risiko rakyat untuk dijangkiti virus COVID-19.

4. Justeru itu, PUTRA mencadangkan agar pihak kerajaan bekerjasama dengan hospital dan klinik swasta (mesti berdaftar dahulu dengan pihak kerajaan) bagi memperbanyakkan lagi pusat vaksinasi agar proses memberi vaksin kepada rakyat dapat dipercepatkan dan dipermudahkan. Ini adalah kerana apabila vaksin diperolehi di kebanyakan klinik swasta mahupun klinik kesihatan kerajaan, ia memberi perkhidmatan kepada lokaliti tersebut kerana kerana klinik kesihatan terdekat dibina dengan kapasiti yang mencukupi bagi lokaliti tersebut. Bersama kita berganding bahu agar 80 peratus rakyat Malaysia dapat di vaksinkan agar kita perolehi “herd immunity” terutamanya bagi melindungi anak-anak dan warga emas kita, di samping bagi menggerakkan semula ekonomi Malaysia yang merudum kini. 

5. Di samping itu, klinik swasta dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia juga dapat membantu melancarkan proses vaksinasi ini dari segi memberikan perkhidmatan kepada warga emas mahupun rakyat yang tinggal jauh dari klinik kesihatan dan pusat vaksinasi bagi mendapatkan vaksin COVID-19 ini. Apabila kita menggunakan cara ini, kita dapat menggunakan semua sumber dari segi tenaga kerja doktor dan jururawat dengan lebih efaktif tanpa terlalu memenatkan frontliners sedia ada.

6. Oleh itu, PUTRA berharap agar pihak kerajaan dapat menimbangkan cadangan yang PUTRA berikan ini, bagi kesejahteraan dan kebaikan rakyat.

7. Akhir kata, PUTRA juga ingin menegaskan di sini agar Parlimen perlu bersidang secepat mungkin apabila kadar COVID-19 , kerana begitu banyak isu-isu rakyat yang perlu diperhalusi dan “check and balance” oleh para Yang Berhormat yang telah diundi oleh rakyat marhaen seluruh Malaysia.

Sekian.

ASHRAF BIN ROSLI

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts